Time dengar adik tahfiz mengalunkan ayat-ayat Al-Quran dalam solat tarawikh tadi, wajah-wajah kesayangan saya yang telah dahulu dijemput Ilahi menerjah kotak fikiran [Tak payah kata la, memang tak khusyuk solat tadi walaupun sat ja...] Wajah arwah abah, tok, opah dan Kak Sue yang paling ketara muncul...Apa lagi, orang menangis kerana memahami makna ayat-ayat Allah itu, tapi saya menangis kerana teringatkan mereka...Astaghfirullah...
Tapi begitulah, setiap yang hidup pasti merasai mati. Dan saya hamba Allah yang lemah ini tak terlepas daripada mengingati mereka yang telah pergi di saat yang tidak sepatutnya. Ampunkan hambaMu ini ya Allah...
Dan...relakan mereka pergi ya Masitah...kau bakal menyusul mereka suatu hari nanti, insyaAllah.
![]() |
| [Tanah Perkuburan Meru Raya, Jelapang] |


(^__^)
ReplyDelete