Photobucket

Saturday, July 30, 2011

Harapan Ramadhan

Album : Maafkan
Munsyid : Raihan feat Man Bai
http://liriknasyid.com



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

---------------------------------------------------------
tasbihbiru: Moga-moga kehadiran Ramadhan kali ini benar-benar membawa erti kepada diriku...
---------------------------------------------------------

Surat Tawaran Kemasukan ke UNIVERSITI RAMADHAN AL-KAREEM

[Universiti Terulung pilihan anda]
No. Rujukan: WS02 / 01 / 2011
Tarikh: 30 Julai 2011


MASITAH AL-HUMAIRA'
GELUGOR
PULAU PINANG


TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI RAMADHAN AL-KAREEM (UNIVERSITI TERULUNG)
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA, SIDANG RAMADHAN 1432H/2011


Tahniah, anda telah berjaya ditawarkan tempat untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) di Universiti Ramadhan Al-Kareem (Universiti Terulung). Butir-butir lanjut tawaran ini adalah seperti berikut:


Nama : MASITAH AL-HUMAIRA'
Program Pengajian: IJAZAH SARJANA MUDA AT-TAQWA
Tempoh Pengajian: 1 BULAN (3 FASA: Rahmat, Maghfirah, Pembebasan dari api neraka)
Tarikh Lapor Diri: 1 RAMADHAN 1432H BERSAMAAN *1 OGOS 2011
Tempat Lapor Diri: DIMANA SAHAJA ANDA BERADA
Yuran Pengajian: PERCUMA (ditanggung oleh pihak Admin)


Peraturan dan Syarat Kemasukan:
Subjek Major (T) : Berpuasa
Subjek Minor (M) : Terawih
Subjek Universiti (U) : Baca quran, zikir, solat sunat, sedekah & dll yang berkaitan dengan subjek
Syarat Penting: Menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, fizikal dan rohani 
Kelulusan : Ijazah Taqwa
Tarikh Konvokesyen : 1 Syawal 1432H


Tawaran untuk menyambung ke program ijazah lanjutan:
Subjek : Puasa sunat 6 hari di bulan Syawal

Sila baca dengan teliti 'Peraturan dan Syarat Kemasukan' seperti yang tertera di atas. Anda diwajibkan mengikuti program ini dengan penuh keimanan dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Sila kembalikan niat anda kepada pihak Admin selewat-lewatnya pada malam pendaftaran. Program yang ditawarkan kepada anda ini adalah muktamad.
*bergantung kepada terma dan syarat

Sila ambil perhatian, sekiranya anda tidak mengikuti program ini dengan baik, anda tidak layak mendapat anugerah TAQWA yang telah disediakan oleh pihak Admin yang mulia.


Sekian, terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK AGAMA"
'Memastikan Kecemerlangan Ummah Masa Depan'


http://tasbihbiru.blogspot.com
(tandatangan tidak diperlukan kerana ia cetakan komputer)
b.p Pendaftar


----------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, July 29, 2011

Moga masih ada sinar iman...

"Allah......." aku mengerang sendiri.

Aku tak dapat membendung lagi kesakitan yang menimpa. Tanganku meraba-raba kepala sebelah kanan, terasa berdenyut-denyut. Terasa ada yang mencucuk-cucuk kepalaku ini. Mata ku pejam erat kerana menahan kesakitan. Rambut dah berbau 'minyak cap kapak' setelah ubat itu ku lumur seluruh bahagian kepala yang sakit. Hanya ubat itu yang ku rasa dapat melegakan sedikit kesakitan itu.

"Ya Allah, seandainya aku melakukan dosa, maka ampunilah aku atas sebab kesakitan ini sebagai kifarah dosaku. Jangan Engkau bebankan aku dengan apa-apa yang tidak mampu aku memikulnya. Kau maafkanlah aku, Kau ampunilah aku dan Kau rahmatilah aku ya Allah, ya Rahman, ya Rahiim,"aku berdoa sepi memohon kebaikan daripada Tuhan yang Maha Agung.

Insan mana yang tidak melakukan kesalahan? Insan mana yang tidak ditimpa ujian? Bukankah semuanya itu menjadikan kita lebih dekat kepada Allah? Bukankah ia menjadikan kita sedar akan dosa maksiat yang sering kita lakukan sehari-hari?

Aku tidak diuji dengan kesakitan yang dialami oleh Nabi Ayub a.s. Beliau ditimpa penyakit yang mengerikan setelah Allah mengujinya dengan kematian anak-anaknya yang ramai dan memufliskan beliau dalam sekelip mata. Isterinya pula lari meninggalkan beliau kerana tidak sanggup menghadapi ujian tersebut.  Bak kata orang, "Sudah jatuh ditimpa tangga..."
Namun, adakah beliau berputus asa dengan rahmat Allah? Tidak sama sekali. Malah, beliau merasa malu untuk meminta kesembuhan daripada Allah kerana merasakan bahawa beliau dapat merasai nikmat yang besar oleh Allah lebih lama daripada penyakit yang dideritainya itu. Beliau tetap redha dengan ujian yang diberikan kepadaNya. Subhanallah...begitu besar kemuliaan dan kesabaran yang Allah berikan kepada seorang Nabi.

Bagaimanalah agaknya reaksi aku jika diuji seperti itu...?

Jika aku melihat kepada sirah Nabi Muhammad SAW, sudah tentu aku berasa bahawa aku berada sangat jauh dari kesabaran yang dikurniakan kepada baginda. Tidak perlu aku ceritakan kesengsaraan dan penderitaan malah penghinaan yang diterima oleh baginda hanya untuk menegakkan kalimah 'Lailahaillallah'...Kesakitan itu pasti lebih besar dan lebih hebat daripada sakit kepala aku yang hanya sedikit cuma.

Kerana apa aku sakit ya?

"Sebab Allah tak sayang kat ko! Ko ni selalu lupakan Dia! Ko asyik kejar study, study, study! Rugi je ko solat awal waktu selama ni...Dia tak sayang kat ko pun..."syaitan mula memainkan peranannya. Mesti syaitan ketawa besar time ni...

"Adakah benar?"hatiku membisik. Resah.

"Mana mungkin itu terjadi wahai Masitah. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia menguji engkau sebagai tanda kasihnya terhadap hamba-hambaNya. Dia ingin agar engkau membersihkan dosa maksiat yang selama ini kau lakukan. Dia ingin agar engkau kembali kepada jalanNya yang mulia..."suara keimanan menyapa dengan tenang ke sanubariku.

"Agrh!!!!! Ko tau ape? Baik ko pergi tido je. Kot la sakit kepala ko tu boleh hilang. Sekarang pun dah pukul 1 tengah hari. Elok la kalau ko nak qailullah. Pukul 4 lebih-lebih nanti ko bangun la, kan nak solat zohor lagi..."syaitan terus membisik pada jiwaku yang kering.

Aku hampir ter'sibghah' dengan bisikan itu. Namun...

"Temuilah jalan penyelesaian dengan bermunajat padaNya wahai jiwa yang tenang. Bacalah Al-Quran dan carilah penawarnya. Dia menantimu hadir padaNya,"suara imanku yang masih berbaki membelai lembut jiwaku ini.

Aku terus berlalu ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Aku tak boleh berlengah lagi. Al-Quran ku capai di atas meja setelah aku siap memakai telekung. Ku mulakan bacaan dengan perlahan. Jiwa yang kering itu kurasakan basah disimbah keinsafan. Airmataku gugur saat itu juga. Kepalaku juga tidak merasai lagi kesakitan yang aku tanggung sejak pagi tadi. Bilik yang sempit ku rasakan luas. Angin yang masuk melalui tingkap juga ku rasakan nyaman. Ingin sahaja aku melompat keriangan. Alhamdulillah, syaitan telah berputus asa saat aku mula memahami ayat-ayat Allah yang ku baca ini.

Aku bingkas bangun untuk menunaikan solat setelah azan dari Masjid Malik Al-Khalid sayup-sayup kedengaran di telingaku. Moga masih ada sinar iman...

[Penawar kesakitan dalam & luar]
SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAHAILLALAH WALLAHUAKBAR~

Friday, July 15, 2011

Kifarah dosa…???


Aku menangis sendiri. Terasa sangat sakit kepalaku ini. Sakit seluruhnya…Tadi, aku masih boleh bertahan agar tak menangis di khalayak. Puas aku menangis di dalam bilik air berseorangan…namun, kesakitan ini tidak dapat ku tanggung sendiri. Lagi pula, aku ada hal penting malam ni untuk diselesaikan. Tangisku sirna saat Ain melihatku terhinjut-hinjut dalam bilik yang gelap dengan tangis yang ditahan-tahan.

Ain: Eh, kenapa ni Mas?
Aku: ……
Ain: Jangan la menangis, kenapa ni? Bagitau la aku.
Aku: Sakit kepala……
Ain: Migrain lagi?
Aku: (angguk)
Ain: Jangan la menangis, nanti lagi sakit. Kau pergi la rehat, malam ni kau tak payah pergi. Stop nangis, pergi rehat  and tido…

Lia membentang lapik untuk aku tidur, siap dengan bantal busuk aku sekali…Lepas aku baring dengan esakan tangis yang masih berbaki kerana menanggung sakit, mereka menutup lampu dan menutup pintu. Bagaikan anak kecil, aku tidur pulas.

Jam 12 malam aku terjaga, teringat bahawa aku belum solat isyak. Ema dan Yati yang masih ada di rumah pasti tak mengejutkan aku setelah di’warning’oleh cikgu Ain yang garang itu supaya tidak mengganggu aku yang sedang berehat. Katanya, orang migrain perlu berehat dari kebisingan. Aku terus ke bilik air, membasuh muka dan mengambil wudhuk. Kesakitan yang ditanggung belum hilang, hanya berkurang sahaja. Alhamdulillah…Setelah solat, aku yang tidak berdaya ingin menyambung tidur. Ema yang masih belum tidur mengingatkan aku bahawa ada sebotol ‘revive’ yang mereka beli untuk aku. Memang kebiasaan bagiku untuk minum air isotonik itu apabila sakit menyerang kepala, untuk mengurangkan kesakitan. Kulihat, Ain dan Lia belum pulang ke rumah walaupun telah lewat malam. Argh, biarlah mereka…selesai urusan nanti pasti mereka pulang segera.

Aku terus tidur tanpa sedar bila pulangnya Ain dan Lia ke rumah. Sedar tak sedar, aku terjaga saat Ain memanggil namaku untuk bangun qiamullail. Lemahnya aku saat itu kerana aku bangun hanya untuk solat subuh kerana masih menanggung sakit kepala.

Seusai solat subuh…

Ain: Camne Mas, dah ok?
Aku: Sakit lagi…
Ain: Pergi la jumpe doktor satgi…cam teruk je aku tengok…
Aku: (angguk)

Ain terus bersiap-siap untuk ke sekolah. Kerjanya sebagai cikgu menyebabkan dia terpaksa bertolak ke sekolah seawal 6.30pagi. Aku pula menyambung tidur. Hajat di hati nak ke klinik sebab nak ambil ubat dan MC. Aku mesti ambil cuti untuk kerja hari ni. Sakit kepala sangat ni.

Pukul 8 pagi, aku dah terpacak depan klinik, berharap aku menjadi orang pertama yang dirawat kerana tidak sanggup untuk beratur dan menunggu giliran berjam-jam lamanya. Ema menghantar aku ke klinik dan menuggu bersama aku di sini, sedangkan Yati akan pergi kerja sebelum jam 9 pagi. Semasa sedang menunggu giliran di klinik, aku terserempak dengan bos aku yang juga tak berapa sihat hari ni. Sekadar berbasa-basi, dia meninggalkan aku setelah nombor gilirannya dipanggil. Aku rasa nak pecah kepala menunggu giliran. Tepat jam 9 pagi barulah aku dipanggil untuk menerima rawatan. Nasib baik doktor ni baik dan senyum sahaja. Lega sikit hati aku yang nak marah. Dr. Normala bertanya macam-macam kepada aku untuk mengetahui punca sakit kepala aku. Setiap kali aku datang ke klinik, pasti untuk sakit yang sama. Doktor pun curious dengan penyakit aku. Siap kena warning supaya aku menjaga pemakanan, makan kena ikut time (tak boleh suka-suki dah), jangan skip sarapan pagi…Aku pun angguk sahaja sebab dah memang salah aku. Tapi, aku tak lupa untuk minta MC sebab aku memang dah tak larat nak pergi kerja. Ema cakap, alang-alang ambil cuti, mintak MC untuk 2 hari terus. Tapi, aku tak sampai hati nak minta MC sampai 2 hari sebab aku sakit baru sehari sahaja.

Setelah ubat ku ambil di farmasi, Ema terus menghantar aku pulang ke rumah. Gara-gara menemani aku ke klinik, Ema terlewat untuk pergi kerja. Dia kata dia tak pernah lewat danselalu menjadi orang pertama yang sampai ke tempat kerjanya, maka apa salahnya sekali-sekala lewat. Itupun, bukan sengaja, malah menemankan sahabat sendiri ke klinik kerana sakit. Bos dia pasti memahami niat murninya itu. Dan, Ema tolong menghantar MC aku ke tempat aku bekerja.

Pulang ke rumah, aku makan ubat dulu sebelum menyambung tidur lagi kerana sudah habis semua tenagaku untuk hari ini. Tengah hari baru aku bangun. Makanan tengah hari juga sudah tersedia. Lia yang bekerja mengasuh anak kawan kami, masih sempat memasak untuk aku. Confirm la aku makan tanpa tolong memasak. Aku tak lupa makan ubat sebab aku ingin sihat kembali. Banyak kerjaku yang terbengkalai kerana sakit yang aku alami ini.

Apa sebenarnya yang aku nak cerita di sini? Aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang banyak membantu aku bukan sahaja di saat aku gembira dan sihat, malah sewaktu aku sakit dan tidak berdaya. Aku bersyukur dikurniakan sahabat seperti mereka semua. Tidak satu pun aku mendengar rungutan daripada mulut mereka. Malah, aku yakin tiada juga rungutan di hati mereka. Berukhuwah kerana Allah, yakinlah engkau akan mendapati ia sangat indah. Kesakitan yang aku alami adalah kifarah dosaku yang menggunung tinggi. Allah bagi aku kesakitan ini supaya aku bertaubat atas dosa-dosaku dan bersyukur atas nikmat kurniaanNya yang tidak terhingga. Aku bersyukur kepadaMu ya Allah atas ujian yang Engkau berikan kepadaku. Moga Engkau redha akan diriku ini ya Allah, ameen ya Rabb.

Friday, July 1, 2011

YOU & I SEE

When the world fall apart,
When ur pain claims ur heart,
I'll be there, I'll be around,
And I will never let u down...

Leave that pain don't give up,
U can fly up high again,
Count on me we are together,
We'll make thru this stormy weather...

No matter what they say,
No matter what they do,
No matter what they think of u,
You have got me and my heart too...

No matter what they see,
No matter what they feel,
As long as u have got me,
As long as u and i see...

Take my hand and take my heart,
We can never be apart now and forever,
I won't look back, we'll stay together,
Trust in me and we'll fly don't surrender...

Don't lose hope when u are in need,
Have faith in Allah, have faith in Him,
So please be tough and please be strong,
With all His love u can't go wrong...

Salam Cinta Kasih...


Bismillah,
Kami mulakan menyebut kalimah suci,
Membesarkan keagungan Ilahi,
Hanyalah mengingati Tuhan,
Jiwa kita menjadi tenang,
Allahu Allahu Allahu Allah...





Assalamualaikum wbt,


Alhamdulillah, blog ini terhasil jua akhirnya.
Tasbih Biru, bakal menjadi medium perantaraan antara saya dan anda. Terima kasih kerana sudi bersama saya.
Moga Allah redha, ameen. 


MASITAH BINTI AB. WAHAB
01072011