Photobucket

Saturday, November 26, 2011

KAWAN [UNIC]

~Ku tujukan lagu ini khas buat adik-adikku yang tercinta~
*Aina, Ida, Lian, Sue*


Kawan,
Bertahun kita bersama,

Bagai semalam baru bersua...

Kawan,
Di hadapan oh indahnya,
Kita bersama berkelana...

Kawan,
Hidup ini umpama langit,
Yang tidak selalu cerah...

Kawan,
Hidup ini umpama awan,
Yang tidak selalu putih...

Ingatlah,
Bintang-bintang di langit,
Takkan terus berkerlipan...

Ingatlah,
Pelangi yang indah,
Pasti akan hilang...

Kawan,
Jangan biarkan dirimu,
Umpama rama-rama,
Cantik,
Namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding...

Kawan,
Jangan biarkan dirimu,
Umpama lipan dan kala,
Berbisa,
Namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis...

Oh kawan,
Jadilah seperti si matahari,
Membakar diri demi insan sejagat...

Oh kawan,
Jadilah seperti bulan purnama,
Menerangi malam yang gelap gelita...

Menunjukkan jalan demi umat semesta...


[Sekadar gambar hiasan]

Kasih bersemi di UiTM Arau, Perlis '05-'08
"Aku sangat merinduimu sahabat"

Thursday, November 17, 2011

Tadabbur alam di tengah hari...hmm...

Mimpi itu...
Menyedarkan aku tentang kekuasaanMu,
Terasa kerdil berbanding Yang Esa,
Terharu terfikir betapa agungnya, Tuhan...

Ah,
Indah sungguh ciptaanMu,
Air laut yang beriak tenang,
Ikan-ikan berenang riang,
Gunung-ganang dipasak bumi,
Merimbun pepohon mengakar tunjang,
Awan memutih di kaki langit,
Berarak perlahan ditiup angin...

Kapal terbang berlalu pergi,
Serasa hanya di atas kepala,
Sungguh, hanya Engkau yang mampu menahannya,
Insan tak berdaya tanpa izinMu jua...

Apalah salahmu ikan di lautan,
Ditangkap orang tanpa batasan,
Tak kira masa dan ketika,
Perasaan tiada asal gembira,
Burung terbang mencari peluang,
Ikan disambar si nelayan hiba...
"Rezeki itu Allah yang punya".

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu menulis puisi...Semua yang di atas ini bercampur-baur, namun saya tidak mahu mengubahnya. Puisi ini saya cipta spontan semasa dalam usaha mencari ketenangan setelah diasak dengan tanggungjawab yang banyak. Sebab tu la puisi saya berterabur, ikut suka saya jer...hehe. Emm, sebelum itu sempat pula saya melukis pemandangan di hadapan saya ketika itu.

Ceritanya begini...

     Sebelum saya ke tempat tersebut, saya singgah di sebuah masjid untuk berehat dan qailullah sebelum zohor. Sempat pula bermimpi tentang sesuatu yang sangat menakutkan, namun atas kuasa Allah yang Maha Hebat, saya telah diselamatkan daripada sebuah babak ngeri mimpi tersebut. Sehingga saat ini, saya masih terbayang-bayang setiap apa yang berlaku dalam mimpi saya itu. Saya kira, ia adalah sebuah petunjuk Allah untuk saya cari di mana hikmahnya.

     Selepas zohor, saya 'merempit' ke sebuah tempat untuk mencari sedikit ketenangan setelah mengisi perut yang lapar. Serabut di kepala menyebabkan saya tidak dapat berfikir dengan baik, saya cuma ingin mencari 'sesuatu' yang menenangkan. Alhamdulillah, saya akhirnya sampai di tepian laut yang indah.
Lantas, saya mengeluarkan sehelai kertas A4 yang kemudiannya dilipat dua, dan sebatang 'pensel tekan'. Saya terus melakarkan keindahan ciptaan Allah di depan mata ketika itu tanpa memikirkan bahawa saya ini tidak pandai melukis. "Hantam saja la labu...", bicara hati saya ketika itu.

     Siap melukis, saya berangan-angan pula dengan menulis sebuah puisi tiada nama...Sekali lagi saya 'goreng' puisi dengan idea yang tak cukup bernas saat itu. Apa yang saya nampak, terus sahaja saya tulis. Bermula dengan mimpi sebelum zohor, bersambung dengan lagu nasyid yang berkumandang di telinga, kemudian terus kepada pemandangan di depan mata; lautan, gunung-ganang, awan, 6 buah kapal terbang yang berlalu dalam masa sejam, pakcik nelayan yang menangkap ikan dan berebut dengan burung gagak...Semuanya saya tulis...Dan inilah hasilnya. Kerja tangan yang bergerak tanpa berfikir.

   
[ Gambar ini saya lukis sendiri...di mana agaknya tempat ni??? ]
Moga tenang hatiku dan hatimu jua.

------------------------------------------------------------

Monday, November 14, 2011

Mencari diri...???

Hilangkah diri ini sehingga ia perlu dicari?

Minggu ni sangat banyak peristiwa yang menguji diri dan hati.
*Assignments:
** FYP (Final Year Project)
** Lab report
** Fieldwork report
** Essay
** Discussion
* Programmes
* etc...etc...etc... (menunjukkan betapa banyaknya ujian menimpa)

Rasa macam tak cukup masa nak buat semua benda ni dalam masa yang tinggal sekarang...dah la final exam pun dah nak tiba...
Alahai, lemahnya jiwa...padahal orang lain pun buat semua benda yang saya buat ni, tapi diorang ok jer...Anda pun buat semua ni kan, tapi cool and steady je kan?

Hakikatnya:
* 1 hari = 24 jam
* 1 jam = 60 minit
* 1 minit = 60 saat
* 1 saat = ???

Kita semua dikurniakan tempoh masa yang sama. Siapa kata dia perlukan 48 jam untuk cukupkan 1 hari dengan alasan ada banyak masa untuk siapkan semua kerja-kerja yang ada? Larat ke nak tunggu keesokan harinya pula? Penantian itu kan satu penyeksaan...

Ada pula yang minta 12 jam je untuk 1 hari...supaya cepat sikit habis belajar, then boleh kerja, tak pun kahwin terus. Seronokkah begitu kerana kita akan jadi cepat tua...Sedangkan pengalaman terindah adalah semasa kita bersusah-payah menyiapkan tugasan dan menuntut ilmu di institusi masing-masing...Betul ke? Betul ke?

Berfikir sambil berzikir.

Tidakkah Allah telah menciptakan segala-galanya dengan aturan terindah lagi seimbang? Nikmat Tuhan yang manakah kita ragukan lagi? Semuanya kita dapat...Allah tahu apa kehendak kita. Baik yang kecil mahu pun besar. Baik yang diluah atau disimpan dalam hati (syok sendiri)...

Persoalannya di sini, apa yang kita nak?

Kadang-kadang Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak. Sebabnya, kadang-kadang apa yang kita nak tu kita tak perlu pun...Faham ke? Faham ke? Sebab nafsu kita ni tak pernah puas dengan apa yang ada. Dia main redah je...Kalau kita berkawan baik dengan nafsu sebegini, maka sebab itulah kita kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia kurniakan kepada kita.

Saya cerita tentang apa sebenarnya ni? Hmm...

Fikir jap...hehe (^_^)

---> Kita memang tak suka kena uji-uji ni...betul tak? Sebab selalunya ujian yang menimpa kita ni menyakitkan jiwa dan perasaan. Kadang-kadang badan fizikal kita pun pun ter'effect' sama. Sakit seluruhnya. Tapi kan, Allah dah 'kabo' dalam kalamnya yang indah bahawa orang-orang mukmin itu pasti akan diuji untuk Dia melihat siapakah yang bersabar dan redha akan ujian itu. Haa, ibaratnya Allah nak bagi kita naik pangkat la tu...

Firman Allah SWT dalam Al-Quran; 

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?"
[Surah Al-'Ankabut; 29 : 2]


Saya bagitau ni sebab saya pun insan yang lemah. Kadang-kadang kaki tersadung akar ujian yang bisa menjatuhkan airmata bagi seorang yang 'keras' seperti saya. Saya ni jenis yang susah nak tangkap leleh skit, tapi ujian Allah itu sahaja yang mampu melembutkan hati saya yang keras...Kalau diuji sedemikian rupa, wajar je la nak menangis. Jangan malu-malu. Bagus tu, sebab menangis dapat kurangkan kesedihan dan stress tau...ini adalah fakta (mengikut pengalaman diri sendiri...). Anda pula bagaimana? (Cewah, cam rancangan TV pulak...huhu).

Firman Allah lagi;

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, BAHKAN LEBIH KERAS. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana TAKUT KEPADA ALLAH. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[Surah Al-Baqarah; 2 : 74]

Kesimpulannya kawan-kawan, apa-apa pun yang berlaku kepada kita sama ada musibah, ujian, dugaan, atau mendapat nikmat, maka KEMBALILAH KEPADA ALLAH yang Maha Hebat. Carilah diri yang hilang dalam ketaatan kepadaNya. Bersyukurlah Dia memilih kita untuk diuji, menandakan masih ada IMAN YANG BERBAKI dalam diri kita untuk digilap semula daripada debu-debu dosa.

Last but not least:

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhya bersama kesulitan ada kemudahan."
[Surah Al-Insyirah; 94 : 5-6]


* Saya tidak menulis sebagai orang hebat yang patut dicontohi kerana saya juga insan kerdil seperti anda dan banyak melakukan khilaf sepanjang hidup ini, tapi saya mahu kongsi dengan anda, bahawa ujian itu manis jika kita memandangnya dari sudut yang positif. Wallahua'lam.

* Saya mohon maaf kepada sesiapa yang pernah saya lukai dan sakiti hati dan jiwanya. Sesungguhnya saya hanyalah insan hina yang lupa dan alpa. Bantulah saya ke arah yang lebih baik. Dan doa anda amat saya perlukan. Syukran.



Monday, November 7, 2011

A day with you…


Bismillahirrohmanirrohim

Tidak mahu skema, hari ni saya nak berkongsi satu pengalaman menarik bersama pelajar-pelajar tahun 3, jurusan akuatik, dari Universiti Prince of Songkla, Thailand (PSU).

Beberapa minggu yang lalu, saya dan rakan-rakan ‘Lab Zoology’ telah mengikuti satu lawatan sambil belajar (skema la pulak…huhu) ke sebuah  perkampungan nelayan, Kg. Tepi Sungai, Kedah bersama pelajar-pelajar PSU tersebut. Tugas kami memang ‘mudah’ kerana kami hanya perlu menterjemahkan maklumat yang disampaikan sepanjang fieldtrip tersebut kepada mereka yang mostly tak reti berbahasa inggeris…So, setiap daripada kami di’pair’kan dengan seorang pelajar PSU untuk tujuan tersebut. Ha, cube kome bayangkan ape yang bakal terjadi…jeng…jeng…jeng…..

Di pagi yang indah, hari ahad itu, saya telah tiba di depan foyer School Bio (Pusat Pengajian Sains Kajihayat) dengan me’remp-it’ motorsikal Modenas GT 128 saya yang berkaler oren (cewah) tepat jam 8 pagi. Jangkaan saya yang mengatakan saya adalah orang terakhir yang sampai di situ meleset apabila melihat ada beberapa orang lagi yang sampai lebih lewat daripada saya. Kami menanti bas yang akan membawa kami ke Kedah di depan foyer tersebut dengan sabarnya.

Perut mula berkeroncong minta diisi kerana rasanya saya memang tak sempat menjamah walau sekeping roti pun untuk bersarapan pagi itu. Kaki mula terasa sakit kerana tragedi tak diduga telah berlaku pada hari yang sama. Apatah pula housemate kesayangan semuanya tiada di rumah kerana terlibat dengan program lain yang jauh dari saya. Emm…dipendekkan cerita, saya telah ‘main ski’ dengan jayanya pada pagi itu kerana terlewat bangun. ‘Larian marathon’ yang mencemaskan telah menyebabkan saya tergelincir di depan bilik air yang digenangi air yang entah datang dari mana (rasanya sebab saya basuh kain semalam). Akibatnya, saya menjadi seperti orang tua yang keletihan sepanjang fieldtrip tersebut. Sabo je la~

Berbalik kepada kisah tadi, saya telah memilih untuk duduk di sebelah salah seorang pelajar perempuan PSU yang bernama Kwang dalam bas yang akan membawa kami ke Kedah (sebab tempat tu je yang kosong). Agak kekok dan mengejutkan, sebab persoalan saya yang pertama juga tidak dapat difahami oleh Kwang. Rasanya saya tidak berbahasa Melayu time tu sebab saya tahu dia tidak akan faham bahasa ibunda kita. Nok kecek klate pun time tu rasenye dia dok pehe (haha, konon la kecek klate)…Berfikir dan terus berfikir kaedah komunikasi yang tepat untuk kebaikan kami bersama, akhirnya dia telah memulakan bicara dengan menulis sesuatu di dalam buku catatannya untuk tatapan saya. Mengeja namanya ‘Kwang’ dan dia menunjuk ke arah saya (maknanya dia tanya nama saya la tu), saya pun memperkenalkan diri dengan nama ‘Mas’ (bukan MAS=Malaysia Airlines ek…). Wah, idea yang bijak untuk mengasah bakat penulisan dan kesenian saya yang dah lama terkubur.

Lukisan dan tulisan saya berjaya memahamkannya akan apa yang ingin saya sampaikan. Lucu. Kadang-kadang kami masing-masing terdiam untuk mengatur bicara yang panjang dalam sesi perkenalan tersebut. Saya kira ia sangat menarik sebab ia adalah pengalaman pertama saya berkomunikasi ala-ala zaman Paleolitik (macam la pernah hidup pada zaman tu…).

Perjalanan yang panjang tidak terasa sama sekali kerana dipenuhi gelak tawa kami yang cuba memahami bahasa ibunda masing-masing. Ditanya-tanya kepada rakan-rakan USM, ternyata mereka juga mengalami masalah yang sama namun semuanya masih bersemangat untuk cuba memahami ‘rakan’ masing-masing walaupun dah macam ayam dan itik bersembang di petang hari.

Masalah makin ketara saat saya cuba menterjemahkan maklumat daripada pakcik nelayan yang dikenali sebagai Paklong di kampung tersebut kepada Kwang. Bermacam-macam cara yang saya gunakan untuk memahamkan dia tentang apa yang diperkatakan oleh Paklong termasuklah melukis kapal, ikan, rumah dan yang sewaktu dengannya serta berlakon dan mengajuk-ajuk gaya yang sepatutnya. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dia memahami apa yang cuba saya sampaikan kepadanya walaupun sangat kelakar jika diingat-ingat semula. Syabas juga kepada Kwang  kerana berjaya memahami bahasa isyarat saya yang ntah hape-hape ni…

Kami telah ke ‘Pasar Bisik’ untuk melihat pembeli membisikkan harga yang ditawarkan kepada penjual hasil tangkapan yang dicanangkan kepada orang ramai. Sangat menarik kerana hanya penjual tersebut sahaja yang tahu akan harga yang ditawarkan kepadanya. Namun, saya tidak pasti adakah penjual tersebut menjual hasil tangkapannya berdasarkan tawaran harga yang paling tinggi atau mungkin juga kerana ikatan persahabatan atau rasa kasihan terhadap pembeli. Hanya Allah yang tahu akan perkara itu (selain penjual dan pembeli tersebut) akan apa yang dibisikkannya. Secara kasarnya, begitulah kaedah tradisional penjualan hasil tangkapan di kampung tersebut berlaku pada setiap hari. Saya kagum. Namun, bagaimana saya menerangkan perkara ini kepada Kwang? Hahaha, saya suruh dia tengok dan faham sendiri akan apa yang berlaku selain membekalkan sedikit maklumat untuk kefahamannya.

Nak dipendekkan lagi cerita yang panjang ni, saya telah belajar beberapa patah perkataan Thai daripada Kwang dan rakan-rakannya dan begitu juga sebaliknya (mereka belajar perkataan dalam BM). Tak perlulah saya cerita apakah perkataan itu kerana sangat susah nak taip kat sini (alasan je tu…hehe). Saya belajar banyak perkara baru daripada mereka walaupun masa untuk kami bersama hanya seketika cuma. Sekurang-kurangnya, sehingga ke akhir pertemuan kami berjaya menjadi ayam dan itik yang memahami antara satu sama lain (cewah skali lagi…) dalam masa yang singkat. Mereka juga hebat seperti kita, cuma faktor bahasa sahaja yang membezakannya.

Pada malam itu pula, kami mengadakan ‘candle light dinner’ sebagai tanda persahabatan antara USM dan PSU. Masing-masing menampilkan persembahan yang cantik, menarik dan tertarik pada malam itu. Sporting. Hebat. Glamour. Itu je kot yang boleh saya simpulkan berkenaan dengan dinner tersebut.

Bak kata Prof Zul, “Pengalaman ini akan kamu kenang sampai kamu tua dan kamu pasti akan merinduinya. Kamu pernah berada pada hari ini, bersama-sama mereka dan kamu telah buat yang terbaik pada masa ini. Clap your hand….”. Ayatnya lebih kurang macam ni la. Saya suka ayat ni walaupun saya hanya menjadi orang ‘di sebalik tabir’ sepanjang dinner tersebut.

[Wajah ceria pelajar-pelajar Prince of Songkla University, Thailand di hadapan USM Penang]
Persahabatan antara pelajar-pelajar USM dan PSU tidak berhenti di situ sahaja kerana ada yang dah terpikat dengan minah atau mat Thai yang ayu dan comel, dan seterusnya menjalin ‘hubungan’ dalam facebook pula. Maksud saya, persahabatan yang baik, bukannya bunga-bunga cinta. Saya sendiri masih berhubungan dengan Kwang dan rakan-rakan dari PSU sehingga sekarang walaupun berlainan agama (kebanyakan mereka beragama Buddha).

Ha, seronok tak cerita saya? Namun keseronokan dan perasaan itu lebih dirasai oleh kami yang menyertainya. Setiap daripada kami perlu mengambil iktibar daripada fieldtrip tersebut dan mengelakkan perkara-perkara yang negatif (jika ada) di lain masa…Fikir-fikirkan dan renung-renungkan…Tepuk dada, tanya iman…Wallahua’lam.

p/s Tq kepada yang mencadangkan kisah ini untuk dikongsi bersama (^_^)

Tuesday, November 1, 2011

Duhai hati...

Terasa diri ini lemah tak berdaya,
Tanyakan pada diri,
Mengapa boleh jadi begini?

Terasa hati ini terkulai layu,
Tanyakan pada hati,
Mengapa menangis tak berlagu?

Katakan pada diri,
Aku mampu menghadapi...

Katakan pada hati,
Aku cinta pada Ilahi...


"Allah tidak membebani seseorang kecuali dengan kesanggupannya..." [QS 2:286]



Hati ini sayu mengenangkan,
Sengsara di dalam perjuangan,
Jiwaku merana dan meronta mengharapkan,
Kedamaian dan jua ketenangan...

Tetapi ku akur pada hakikat,
Suka dan duka dalam perjuangan,
Perlu pengorbanan dan kekuatan,
Keteguhan hati berlandaskan iman...

[Selamat Berjuang-Brothers]