Photobucket

Tuesday, September 27, 2011

Kita ini hamba...

     Ya Allah, lama sungguh rasanya tidak menjengah blog ini. Baru dua minggu masuk semester baru, jadual saya sudah penuh dengan kuliah, tuisyen dan program-program penting. Makanya, blog ini kesepian sementara...

     Dua hari yang lalu, 25 September 2011(ahad), saya telah menghadiri sebuah program tarbiyah yang diberi nama Rehlah Semanis Madu yang diadakan di Taman Perbandaran Pulau Pinang. Lebih daripada 40 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPT seluruh Pulau Pinang. Semuanya perempuan, tiada lelaki. Objektifnya mudah, iaitu mengenang kembali perjuangan sahabat Nabi sebagai contoh teladan masa kini dan mengeratkan ukhuwah sesama mahasiswi Islam.

     Dalam program tersebut, saya telah dijemput untuk mengisi satu slot pengisian ringkas berkenaan dengan salah seorang Khalifah Ar-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. Saya bukanlah seorang yang faqih dalam sirah sahabat, tapi alhamdulillah saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana Allah memilih saya untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu dengan para peserta program tersebut. Feedback yang sangat baik telah diberikan oleh mereka dan sesungguhnya sirah sahabat memang sudah berada dalam genggaman mereka, cumanya mungkin sedikit terlupa.

[Kita ini hamba]

     Kadang-kadang kita terlupa tentang sesuatu yang amat sinonim dengan diri kita sendiri. Kita terlupa bahawa kita ini hambaNya. Hamba kepada Yang Maha Pencipta. Hamba kepada Pemilik alam raya.

     Saya bukanlah seorang yang hebat dalam tarbiyah, namun tarbiyah inilah yang telah menjelaskan halatuju hidup saya sekarang yang dulunya kabur kerana banyaknya dosa. Bukan sekarang saya ini suci daripada dosa, namun kini saya dapat merasai kesan dosa yang telah saya lakukan sehingga menyebabkan saya berusaha memusabahkan diri sendiri pada bila-bila masa sahaja. Cantiknya tarbiyah Allah. HambaNya selalu melakukan dosa, namun Dia lebih suka untuk memaafkan mereka yang bertaubat atas dosa-dosanya. Seperti dalam tafsir surah Al-Haqqah ayat 20; ada sebahagian hambaNya yang menerima buku catatan amal pada tangan kanannya dan tidak menyangka bahawa dia menerima kenikmatan syurga sedangkan dia tahu bahawa dia banyak melakukan dosa semasa hayatnya. Allah boleh mengenakan balasan buruk disebabkan kesalahan hambaNya, namun Dia lebih cenderung memberi keampunan atas kasih sayangNya itu...

Kerana kita ini hambaNya...SUBHANALLAH~

Rujukan: Tafsir Al-Munir; Wahbah Al-Zuhaili

Friday, September 9, 2011

Perihal "Nur Iman Kami"



Nur Iman Kami

     Ini nama yang ceq guna untuk ceq punya facebook  . Rasa-rasanya pasaipa agaknya ceq guna nama ni?

     Nama ni sebenaqnya diambil daripada nama rumah sewa yang ceq duduk la ni bersama beberapa orang lagi sahabat-sahabat yang sangat ceq sayang. Masa mula-mula kami nak sewa rumah ni, kami pikiaq sama-sama nak buh nama apa kat rumah ni supaya senang nak sebut atau describe  kat kawan-kawan yang lain. Disebabkan kami ni orang yang baik-baik (perasan ja...hehe), maka terbitlah beberapa nama yang konon-kononnya islamik dan sedap didengaq oleh sesiapa saja. Tapi akhirnya kami sepakat (membawa berkat) untuk bagi nama 'Nur Iman' (Cahaya Iman) kepada rumah ni. So,  untuk meng'complete'kan lagi nama rumah ni, kami tambah 'Kami' kat hujungnya menjadi 'Nur Iman Kami' yang bermaksud 'Cahaya Iman Kami' atau lebih dikenali dengan nama 'NIK'.

     Alhamdulillah, mudah-mudahan setiap orang yang masuk ke rumah kami atau sekadar menyebutnya, secara tidak langsung mendoakan kami semua agar tetap terus istiqomah dalam cahaya iman, insyaAllah.

     Ringkas ja sejarah nama rumah sewa kami kan? Ha, lagi satu ceq nak cerita nih...Awai-awai dulu, kami dok berempat ja kat rumah ni (setahun setengah yang lepas)...Maka, untuk mengeratkan lagi silaturrahim kami yang memang dah erat ni (alhamdulillah), kami bagi nama samaran / panggilan untuk setiap orang cam adik-beradik...Disebabkan ceq yang paling 'muda', maka depa suma panggil ceq dengan nama 'ALONG'...haha, muda dari belakang...so, kat rumah ni ada Along, Angah, Alang dan Ateh...lepaih tu, sem lepas dah tambah jadi 5 orang. Kami bagi nama baru jugak kat dia, Atam  gelarannya...

     Sebelum ni (2 tahun yang lepas), saya dok dengan 2 orang kawan (kawan lama) kat rumah ni. La ni sorang dah nikah dan dapat sorang anak pun, dan sorang lagi nikah pulak dengan kembaq dia...depa pon jadi biras la ni, alhamdulillah. Depa pon sebok nak nama gelaran masuk dalam keluarga NIK, so yang sorang kami bagi gelaran 'Achik' dan yang sorang lagi 'Acu'...tak pa la, kami semua ok ja~

     Sebelum terlupa, ada sorang lagi yang kami anggap warga NIK iaitu sahabat kami yang selalu bertandang ke NIK dan kami gelar dia sebagai 'ATRANS' sebab dia study kat USM Transkrian, Nibong Tebal...hehe, walaupun kelakaq abih nama dia tu, tapi semua orang suka termasuk diri dia sendiri...

     Semester baru ini, bulan September 2011 ada 2 orang lagi yang akan masuk NIK...Sorang dah masuk masa cuti 4 bulan yang lalu dan kami gelar dia sebagai 'Anjang' dan yang baru masuk ni kami gelar dia sebagai 'Andak'...Dua -dua ni mek klate tau...Dan alhamdulillah, rumah kami yang sebenaqnya kosong mula-mula dulu (cuma ada meja makan serta kerusi, 1 meja  study, dapur dan 1 kerusi berkusyen) kini dah ada peti ais, almari, rak-rak buku, rak-rak baju, meja study yang cantik dan best serta streamyx dan telefonnya...Semuanya kami kongsi beli bersama dengan senyum tawa gumbira (n_n)

    Alhamdulillah, habis sudah cerita yang ceq nak story kat hangpa. Ceq sangat suka nama ni, maka ceq gunakan ia untuk nama ceq dalam facebook. Depa tak kisah, alhamdullillah. Apa-apa pun, kami update kisah-kisah warga NIK dan sapa-sapa yang nak pinjam buku dari mini library kami (Pustaka Iqra' NIK) melalui facebook ini...


[Pustaka Iqra' NIK]

    Moga kasih-sayang dan ukhuwah kami diredhai Allah dan berpanjangan hingga ke syurga, Ameen Ya Rabbal 'alamin.

ALONG SAYANG HANGPA SEMUA (^_^)

p/s Maaf, saya bukan orang Penang 'pure'  sebab tu bunyi tak sedap sangat nak cakap Utara...hehe~

Wednesday, September 7, 2011

Moga dikau bahagia di alam sana wahai kekandaku~

     Hari ni saya rajin nak menaip sebab esok saya dah nak balik Penang. Balik Penang ertinya saya tidak dapat lagi nak bermanja-manja dengan blog ini sesuka hati sebab banyak kerja sedang menanti di sana.

     Dua hari yang lepas iaitu 4 September 2011 bersamaan 6 Syawal 1432H, saya telah bertekad untuk menziarahi rumah arwah kakak angkat saya untuk bertanya kepada ibunya dimanakah pusara arwah. Wajah arwah yang selalu hadir dalam minda saya pada Ramadhan kali ini menyebabkan saya berusaha juga untuk pergi mencari lokasi sebenar pusara arwah. Sebenarnya, arwah telah meninggal dunia pada Ogos tahun lalu, namun hujung tahun lalu baru saya mengetahui bahawa arwah telah meninggal dunia melalui rakan baiknya di facebook. Saya sendiri tidak terfikir untuk mencari alamat facebook arwah sebelum itu.

slm...kak, tahniah di atas pernikahan akk yg baru lepas...x ajak saye pun?
<masitah ex-RPK, adik angkat kak suhaila roplay>
 ·  · See Friendship · December 28, 2010 at 9:29pm · Privacy:
    • Zeti Zahariah maaflah sbb xjemput...iman ni k.zt xberape perasan la letak la gambar iman dlm fb..adik angkat kak suhaila ye??tahu ke kak suhaila sudah meninggal..
      December 29, 2010 at 9:16am · 
    • Nur Iman Kami innalillahiwainnailaihiroji'un...yeke kak? patut la sy contact dah xdpt...sy tau k sue sakit, sy pernah g melawat dia after dia bersalin...
      December 29, 2010 at 9:18am · 
    • Zeti Zahariah sama2 lah kita doa agar rohnya dicucuri rahmat n ditempatkan dgn org2 beriman..
      December 29, 2010 at 9:25am · 
    • Nur Iman Kami bile k sue meninggal kak? sy mmg xtau langsung...sedih sgt...teringat kt anak k sue yg baru lahir tu :'(
      December 29, 2010 at 9:28am · 
    • Zeti Zahariah bulan berape ye xingatla...tp baru lagi..
      December 29, 2010 at 9:33am · 
    • Nur Iman Kami ya Allah...nmpknye Dia lebih menyayangi k sue. mg Allah permudahkan urusan k sue di alam sane, ameen.
      sy ade1 je gmbr k sue, tu pun dia bg gmbr dia bertunang...sy psti merindui k sue slame2nya...insyaAllah.
      k. zt xigt kat saye ke? mase akk form 5, sy baru form 1...
      December 29, 2010 at 9:43am · 


     Saya masih menyimpan nombor telefon arwah walaupun saya tahu arwah telah meninggal dunia (saya tak sampai hati nak delete nombor fon arwah). Maka, saya cuba menghubungi nombor telefon arwah dengan harapan ada di antara ahli keluarganya (atau suaminya) yang masih memakai nombor tersebut walaupun pada awalnya saya nak redah terus ke rumahnya tanpa telefon terlebih dahulu (kerana saya tiada nombor telefon rumahnya). Alhamdulillah, panggilan saya disambut oleh kakak arwah dan meminta saya menelefon ibunya untuk bertanyakan lokasi sebenar pusara arwah. Namun akhirnya ibu arwah yang menelefon saya setelah saya gagal menghubungi telefon bimbitnya. Beliau memberitahu agar saya tunggu di kawasan perkuburan berkenaan dan dia akan datang untuk menunjukkan lokasi pusara arwah.

6.10 petang


     Saya sampai di Tanah Perkuburan Jalan Baru, Kuala Kangsar dengan menunggang motosikal kakak ipar. Tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta di hujung kawasan perkuburan tersebut. Rupa-rupanya, ibu arwah sudah sampai dengan 2 buah kereta putih(cam cerita hantu pulak...). Beliau memanggil saya kesana kerana saya mem'parking' motor agak jauh darinya. Beliau datang bersama 2 orang anak lelakinya. Setelah bersalaman dengan ibu arwah, beliau memeluk saya dan menarik saya ke lokasi pusara arwah yang terletak agak dalam dan hujung kawasan perkuburan tersebut. Saya tidak dapat menahan sebak di hadapan pusara arwah saat melihat namanya yang tercatat di batu nisan yang sudah kotor. Ibunya menangis teresak-esak di samping saya. Setelah tangisan kami reda, kami beredar ke tempat parking.


     Dipendekkan cerita, saya mengekori kereta ibu arwah untuk menziarahi rumah yang pernah didiami oleh arwah setelah dipelawa oleh ibunya. Saya pernah ke rumah tersebut 2 kali sebelum arwah meninggal dunia. Yang pertama adalah sehari sebelum arwah melangsungkan perkahwinan (kerana esoknya saya perlu pulang ke universiti), dan kali terakhir adalah setelah beberapa hari arwah melahirkan seorang mujahid sulungnya yang sangat comel(April 2010). Waktu itu, arwah memberitahu bahawa dia menghidapi penyakit Leukimia tahap akhir kerana saya melihat lehernya membengkak. Namun, saya tidak menyangka bahawa itu adalah pertemuan terakhir saya dengan arwah dan anaknya. 

     Kesibukan saya di universiti menyebabkan saya jarang dapat meluangkan masa untuk menghubungi arwah yang saya sangkakan telah aktif bekerja semula sebagai seorang jururawat di Hospital Taiping. Ini kerana sebelum ini arwah adalah jururawat yang amat dedicated dengan tugasannya dan busy 24 jam. Maklumlah, tugas seorang jururawat tak kurang hebatnya seperti seorang doktor. Saya pernah menghubungi telefon bimbitnya beberapa kali pada hujung tahun lalu namun tidak berjawab dan message juga tak berbalas. Pastinya saya tidak berkecil hati kerana saya tahu arwah sangat sibuk. Apatah lagi, kesibukan saya untuk menghadapi final exam juga menyebabkan saya tidak sempat untuk bertandang ke rumahnya pada aidilfitri tahun itu. Maka, saya terlepas satu berita penting pada tahun lalu iaitu kakak kesayangan saya telah kembali ke Rahmatullah pada 17 Ogos 2010.

     Berbalik kepada cerita di rumah ibu arwah tadi...Saya sempat juga bersembang-sembang dengan beliau tentang kehidupan dan peribadi arwah semasa hayatnya masih ada. Saya juga bercerita bagaimana petemuan saya dengan arwah semasa di sekolah menengah 12 tahun yang lalu. Pernah lost contact beberapa tahun, tetapi akhirnya Allah mempertemukan kami semula di Masjid Ridzuaniah Kuala Kangsar beberapa tahun yang lepas. Beliau berasa terharu kerana saya masih nak menziarahi arwah walaupun anaknya itu sudah meninggal dunia. Beliau berharap agar saya tidak putus hubungan dengannya dan menganggap saya sebagai pengganti arwah. Subhanallah, pemergian arwah tidak mengurangkan bilangan orang yang saya kasihi, malah Allah telah menambahnya dengan menghadiahkan saya sebuah keluarga lagi untuk dikasihi.

[Keluarga Allahyarhamah Suhaila binti Roplay, arwah adalah yang bercermin mata]
     Kini, hati saya lebih tenang kerana setelah beberapa bulan pemergian arwah akhirnya saya bisa menziarahi pusara arwah serta bertemu dengan keluarganya. Cuma saya berasa agak terkilan kerana saya tidak dapat berjumpa dengan anak arwah kerana diasuh oleh suami arwah di Johor.

[Azim, anak tunggal arwah yang sekarang ini sudah berusia 1 tahun 3 bulan]
    Doa saya agar Allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan menempatkannya bersama orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Ameen Ya Rabb.

Sesungguhnya saya amat merindui Kak Sue~



Monday, September 5, 2011

Tragedi Raye 2011...fuhhh!!!

     Alhamdulillah, syukur kepada Allah Ta'ala yang mengizinkan saya menyambut Syawal tahun ini walaupun tanpa seorang abah kandung. Namun, saya masih ada seorang mak kandung, mak-mak sedara, mak kawan-kawan dan juga beberapa orang mak angkat...serta adik-beradik, sedara-mara dan kawan-kawan. Fuh, kalau diikutkan banyak nak sebut ni...So, nikmat yang Allah bagi tu masih lagi tak terhitung. Saya hanya kehilangan seorang abah yang dipinjamkan kepada saya sejak 25 tahun yang lalu. Tahun lepas, Dia telah mengambil semula apa yang dipinjamkan kepada saya itu. Innalillahiwainnailaihiroji'un, dari Allah kita dan datang dan kepadaNya kita kembali.

     Raya pertama tahun ni disambut bersama mak, seorang abang dan kedua-dua adik saya di rumah kami di Chemor, Perak. Solat raya pertama di surau baru taman perumahan kami di sini, alhamdulillah. Walaupun hanya beberapa langkah je nak ke surau tu, tapi abang saya still nak naik kereta juga, hehe. Abang-abang serta kakak-kakak yang lain ada yang beraya di rumah mertua masing-masing dan ada yang beraya di tempat lain. Takpe la, saya tak kisah...Selagi mak ada di sisi, saya tetap berasa gembira. Tak tau la jadi apa agaknya saya jika suatu hari nanti mak tersayang pula mengadap Ilahi...Allah, tak dapat saya membayangkannya.

     Selepas solat raya dan makan-makan, kami bertolak ke Kuala Kangsar bersama keluarga abang saya yang tinggal menetap di area Kuala Kangsar juga untuk menziarahi bapa saudara kami yang tinggal di kampung . Terkenang pada arwah opah dan atok sebaik sahaja kaki menjejak tanah kampung itu. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Kini, rumah usang tersebut diduduki oleh dua orang bapa saudara saya yang masih membujang sehingga sekarang. Surau yang berdekatan juga sudah tidak digunakan lagi. Sayu rasa hati...

     Raya kedua kami tak bertapak kemana-mana pun. Terasa hilang arah tuju. Kaki cuma mampu menuju ke pusara arwah abah yang sudah lama tidak kami kunjungi kerana faktor jarak. Hiba rasa hati kerana pemergiannya masih dirasai seisi keluarga kami. Setelah itu, kami juga berusaha menyiapkan makanan kerana menanti kepulangan keluarga kakak dan abang dari kampung mertua masing-masing. Dah tengah malam, barulah mereka sampai ke rumah. Saya pun dah tido time tu...

Family Gathering

     Raya ketiga kami bertolak ke Parit untuk family gathering bersama keluarga besar arwah atok sebelah abah, Pak Tasyor's Famili. Inilah kali pertama adik-beradik arwah abah berkumpul bersama-sama setelah hampir 8 tahun pemergian arwah opah dan atok. Terima kasih kepada kakak saya yang mengusulkan pertemuan ini melalui facebook keluarga...Alhamdulillah, kami sempat berjumpa dengan semua ahli keluarga tersebut di rumah pusaka arwah atok di Parit yang kini diduduki oleh keluarga arwah Ayah Uda. Memang seronok apabila dapat berkumpul sebegini sekali-sekala.

Tragedi September

     Raya keempat dikejutkan dengan tragedi yang memang tak diduga, apatah lagi dirancang...Semuanya berlaku dalam sekelip mata sahaja. Siapakah pesalahnya? Haaa, sayalah tu...mengaku siap-siap. Raya tahun ni, abang saya telah berjaya membeli sebuah kereta Exora baru, alhamdulillah. Tahniah ye Yeop(^_^). Maka, kereta Iswara lamanya dipinjamkan kepada saya untuk beraya atau nak kemana-mana sepanjang cuti ni. Pagi raya keempat, mak mengajak saya ke pasar untuk membeli barang-barang masakan kerana ada saudara yang akan datang berkunjung ke rumah petang tersebut. Saya pula bersiap-siap dengan malasnya kerana kepenatan beraya semalam (padahal bukan saya yang drive pun semalam...). Tanpa kalimah Bismillah (saya pun dah lupa adakah benar saya terlupa mengucapkan kalimah itu), saya dengan confidentnya masuk gear reverse sebab nak keluarkan kereta daripada 'garaj' rumah. Pastu, nak tekan brek kereta (nak pusing kereta slow-slow) kerana nak mengelak kereta Exora BARU abang saya yang diparking sipi-sipi belakang kereta Iswara yang saya pandu dan juga mengelak daripada melanggar kereta Pesona abang ipar saya (baru lepas ACCIDENT) yang diparking di tepi jalan, betul-betul setentang dengan kereta Iswara tersebut. Nak dijadikan cerita, saya tak dapat menekan BREK kaki yang rupa-rupanya dikunci (sebelum tu saya tak pernah kunci brek kaki atau handle kereta sebab abang saya yang masukkan kereta kedalam garaj semalamnya). GABRA? Sudah pasti, kerana akhirnya ke'gabra'an saya mengatasi segala-galanya. Innalillahiwainnailaihiroji'un...tak sampai 5 saat Iswara menghentam pintu kiri Pesona setelah mencakar belakang Exora dengan jayanya. Di saat itu tak terlintas langsung di fikiran untuk menarik handbreak sebagai pengganti brek kaki atau masuk gear satu supaya kereta tersangkut dan berhenti sendiri. Yang bermain di fikiran saya tika itu adalah "Ya Allah, matilah aku pasni!!!" dengan muka pucat lesi dan kaki terketar-ketar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaanMu ya Allah.

Saya insaf.

     Saya tak boleh menyalahkan sesiapa kerana sepatutnya saya check  terlebih dahulu kereta tersebut sebelum saya start enjin kereta. Saya mengakui kecuaian saya dan redha atas ujian yang menimpa saya di hari raya kali ni. Pastinya saya berharap agar keluarga abang dan abang ipar saya sudi memaafkan saya yang cuai ini. Memikirkan kejadian ini menyebabkan saya diburu rasa serba salah sehingga ke hari ini. Nak bayar untuk repair, confirm  takde duit sebab saya masih lagi seorang pelajar yang memang 'sengkek'...Kalau tak bayar, rasa serba salah mencengkam jiwa.

Apa kata mereka:

Mak : Sabo le banyak-banyak. Anggap je la tu ujian buat kamu...--->tenang hati saya mendengarnya

Yeop (pemilik Exora dan Iswara) : Erm, takpelah...Nak buat macam mane kan~--->menahan rasa marah

Yong (isteri Yeop) : ......--->tak tau nak kate ape

Abangnyah (pemilik Pesona) : [dia senyum jer]--->senyum ade makne tu

Nyah (isteri Abangnyah) : Tak tau ape Abangnyah akan cakap nanti...maunye RM 500 lebih tu~--->sedihnyer

Yang (abang) : [Dia salam saya dan...] Tahniah la...Aku pun tak berani nak wat camtu...--->senyum sinis

Hadi (adik) : Ape perasaan Kakcik mase kejadian pagi tadi? Mesti 'goyang' kan? --->kuang asam punye adik!

Syafinas (adik) : Camne Kakcik leh langgo sume kete? Dengo mak cite pagi tadi, huh...berpeluh Nas dengo...--->sabo je la

p/s Apa anda nak kata jika anda pelakunya (seperti saya), dan apa anda nak kata jika anda pemilik salah sebuah kereta tersebut? Tepuk dada tanya iman...

Doaku

"Ya Allah, hambaMu ini memohon agar Engkau permudahkan urusan kami semua dan menguatkan rasa sabar dalam hati-hati kami agar kami redha dengan ujianMu ini, ameen."

     Begitulah tragedi raya yang menginsafkan saya. Kejadian seumpama ini mengingatkan saya akan satu kata-kata (yang saya pun dah lupa saya baca dimana) yang membekas di jiwa saya. Bunyinya seperti ini, "Kadang-kadang sesuatu kejadian yang berlaku kepada orang lain, bukanlah peringatan atau teguran untuk orang tersebut sahaja...Malah, bagi yang melihat, mendengar dan membacanya di mana-mana adalah suatu peringatan buat kita juga yang mana ia adalah teguran direct daripada Allah melaluinya." Lebih kurang macam tu la bunyinya. Ni saya dah alter sikit ayatnya supaya mudah faham. Kalau tak faham juga, bolehlah bertanya semula.

Pengajaran

     Drive safety anywhere and anytime...not only when u drive, but before and after u drive, please check it all...Jangan berlagak sangat ok, even kite ni hebat sangat drift atas jalan raya. Dan jangan lupa baca doa banyak-banyak dan mengucap 2 kalimah syahadah sebelum memulakan pemanduan jauh ataupun dekat.


Entah betul entah tak ayat omputih kat atas tu...huhu, ape-ape je la, zaaassssss~

*Mesti anda takut dah nak naik kereta dengan saya selepas mengetahui kejadian ini kan? Sebab, saya juga dah trauma setiap kali masuk gear reverse atau berhenti di bukit yang akan menyebabkan kereta mengundur ke belakang :(