Photobucket

Wednesday, October 31, 2012

PANAHAN CHENTA YANG MEMBAWA DERITA!!!

Bismillah. 

Saya cukup terkesan dengan beberapa baris ayat dalam artikel ini. Terasa sehingga ke lubuk hati yang dalam. Sentap!!! Maka, saya kongsikan bersama pembaca-pembaca akhwatifillah dan sahabat-sahabat semua yang saya cintai kerana Allah sebagai peringatan bersama, insyaAllah.

---------------------------------------------------
Anda jangan tak tahu; permulaan zina itu adalah pada panahan berahi di hati. Sekali pandang, memang melayang. Kalau dilayan, memang tak keruan! 

Jangan sesekali merendahkan bakat dan pengalaman yang ada pada iblis laknatullah dan konco-konconya dalam menyesatkan kita. Yalah, mula-mula dia bisikkan dengan bisikan rakan, kemudian dengan bisikan manja sebelum dibisikkan dengan bisikan asmara! 

Ya, walaupon anda tidaklah sampai berzina fizikal di atas katil atau di belakang kereta, tapi zina hati itu juga suatu dosa tahu..?? Bayangkan anda berzina ketika solat, ketika membaca al-Quran, ketika membawa bulatan gembira dan ketika membaca maathurat. Tergamak anda melakukan perkara sekeji itu ketika pergi menghadap Tuhan..?? Astaghfirullahal adzim! 

Kerana itu Allah menyeru kita supaya menjauhi zina, dan bukannya jangan berzina! Kerana penangan asmara dana itu sememangnya akan membuatkan kita sengsara derita..!

-------------------------------------------------------



 Renung-renungkan dan selamat beramal~

Saturday, September 15, 2012

Sendiri...

Entah kenapa terasa bahawa diri ini hanya bersendiri. Tiada siapa kecuali Dia.



Hari ini...

Dia menguji pada titik kelemahanku.
Aku gagal mengawalnya.
Rasa lemah tak berdaya.
Airmata seperti tidak mahu berhenti.

Hari ini...
Terlalu banyak rasa rasa itu.
Yang satu belum terubat, ditambah lagi yang lain pula.

Oh Allah...
Aku terasa lemah.
Tunjuki aku hikmahnya.

Sunday, July 22, 2012

Hebat kan???


     Hari ni aku jadi surirumah sepenuh masa...huhu. Mana taknya, hari ni aku tak kerja. Al-maklumlah, hari ahad kan...Tapi, housemates aku semua kerja. Sorang balik kampung, dan sorang lagi dah balik ke rumah sewa yang satu lagi. So, pagi-pagi lagi aku dah pergi pasar untuk beli ayam dan beberapa bahan lagi untuk masak tomyam. Nak masak untuk housemates aku sebagai bekalan makanan tengah hari diorang. Erm, tapi tu la...aku bukannya pandai masak pun. Pastu ada hati nak masak buat bekalan orang lain, haha. Tapi, dah jadi pun...Aku masak tomyam ayam untuk diorang dan aku sendiri. Periuk kecil, so aku kena masak dua kali untuk makan malam sekali. Ada sedikit tomyam yang aku titipkan buat keluarga Naufal juga. Ketika aku menghantar bekalan, Naufal baru selesai mandi. Ibunya sedang menyiapkan sarapan pagi. Sempat menghilangkan dahaga dengan hidangan air milo suam oleh ayah Naufal, aku bergegas pulang untuk menyelesaikan urusan di rumah. Tengah harinya, ibu Naufal memberitahu bahawa Naufal hanya makan kuahnya sahaja sambil berkongsi cara masakan tomyamnya pula. Aduh, malunya aku...
     
[Sekadar gambar hiasan...hehe]
     Taubat, aku tak nak masak dah pasni sebab masakan aku tak sedap walaupun housemates aku cakap ok je rasa tomyam aku tu. Kalau aku nak masak pun cukuplah untuk diri sendiri. Kalau nak membebel pun, hanya membebel kepada diri sendiri dan tak melibatkan orang lain. Aku nak belajar masak sedap-sedap, tapi tak berkesempatan lagi. Malunya nak masak lagi. Padahal orang cakap, ‘Practice make perfect’. Hmm, tak tau la.

     Malam tadi, aku telefon mak. Sembang-sembang selain bertanya khabar. Alhamdulillah, mak, adik dan Nyah sekeluarga sihat-sihat sahaja diberi Allah. Sempat meminta resepi tomyam mak supaya aku tak memalukan diri sendiri di hadapan orang lain lagi di masa akan datang. Umur dah lanjut, tapi masih  memasak main ‘campak-campak’ (resepi sempoi) je bahan-bahan tu. Kau tu bukannya baru belajar masak nak buat camtu, hehe...

     Selain masak-memasak, aku pergi ke pasaraya untuk membeli barang-barang keperluan rumah yang lain. Rasa macam banyak je yang nak dibeli, tapi fulus tak cukup pulak, aiseh...Tunggu gaji masuk baru ada fulus ni, bersabarlah wahai diri. Padahal, kerja pun tak sampai dua minggu lagi...huhu. Tapi, dapat la jugak beli barang-barang yang urgent and important tadi. Fulus aku cukup-cukup je tadi, alhamdulillah. Kalau tak, maunya aku jadi tukang cuci kat pasaraya tu sampai malam. Nasib la...

     Then, balik dari pasaraya aku sambung membersihkan rumah dan menambah label-label (pesanan-pesanan) di pintu bilik air dan tempat-tempat lain. Sempat jugak aku ‘menconteng’ whiteboard gulung yang baru dibeli tadi. Macam-macam pesanan buat housemates aku sekalian...hehe.

     Sangat letih menguruskan rumah bujang camni. Sempat jugak la aku berfikir dan muhasabah diri apabila terkenangkan tugas mak aku sebagai surirumah sepenuh masa sejak aku masih kecil lagi sehingga sekarang. Tak pernah merungut walau sedikit. Hebat kan? Malah seorang surirumah lebih hebat daripada seorang wanita berkerjaya pada zaman sekarang. Aku ni je yang tak reti nak bersyukur, merungut apabila diminta sedikit khidmat dan bantuan dalam melancarkan pengurusan rumahtangga. Tapi, tu dulu la, time nakal-nakal dulu. Sekarang ni banyak benda yang aku belajar dan aku menginsafi diri. Tarbiyah betul-betul menuntun jalanku menuju ke arah yang diredhaiNya. Terima kasih ya Allah.

Camne la agaknye kalau aku dah kawen nanti eh...hmmmm~

Nota : Naufal berusia 25 tahun pada tahun 2032...huhu. 

15 Julai 2012 (Belum Ramadhan lagi time ni...)

Friday, June 22, 2012

Apekah???

"Aku paling tak suke demam-demam ni...sebabnye aku mesti kene dok sorang kat rumah. Deme sume belum balik lagi, masing-masing ade tugasan dalam kampus. Ntah ntah tak balik kot deme malam ni...Larat ke aku nak dok sorang-sorang sampai esok pagi ni?" bebel Huda berseorangan.

Toink...Toink...Toink...

"Henfon bunyi dah. Tengok dulu sape anto SMS ni." Huda mengomel sambil memeriksa henfonnya.

Tiqah : Salam. Akk, ana nk tumpang IKA mlm ni boleh?

"Peluang nih...huhu." fikir Huda sambil tersengih.

Huda : Wslm. Pucuk dicita ulam mdtg. Silakn ya ukhti. Apahal jauh sgt nk mnumpangnya? Anti dr UUM ke? Jauh beno mrempit hga ke Perlis...

Tiqah : Ana dr Changlun ni. Diorg ckp akk demam, tp xde org nak jaga. Diorg mabit dlm kampus. Ana nak pi sana la ni, teman akk.

Terharu...huuu~

Huda : Oh, camtu ke? Meh la dtg cpt, takut plk dok sorg2 ni...hehe~ 

Tiqah : Eh, akk pun takut dok sorg ke? Huhu. Ana nak dtg lmbt la kalau camtu...

Huda : Alamak, jgn le camtu ukhti. Mai la awai skit, nanti ana masak2 utk anti...hehe.

Tiqah : Xde la awai sgt kak sbb ana hbs liqo' dlm kul 10pm stgi ni. Pastu baru ana pi sana. Dlm 10.30pm ana sampai la kot.

Huda : Ok xpe, mai jgn x mai...

"Takpe la, asalkan ade org teman aku tido mlm ni," keluh Huda. Pasrah. Dia tertidur di ruang tamu 'ditemani' motorsikal kesayangannya yang disimpan di dalam rumah kerana takut dicuri orang.

10 minit kemudian...

Sriitt...

Hushhhh...

Zaasssss...

Huuudaaaaaa...

"Alamak, sape panggil aku pulak ni...?" Huda bingkas dari tempat tidurnya.

Selimut ditarik sampai kepala. Macam-macam yang didengar time tu. Huda merasakan seperti ada 'benda' berlari-lari dan ingin menerkamnya. Bulu romanya tegak berdiri.

"Aish, takleh jadi ni. Baik aku dok dalam bilik." Huda membuat keputusan drastik.

Huda memasuki bilik hadapan sambil membaca ayat-ayat Al-Quran. Laptop dibuka dan ayat-ayat Quran bacaan Sheikh Saad Said Al-Ghamidi terlantun kuat menghadap pintu bilik (takut punye pasal). Dan Huda cuba untuk tidur semula sambil menunggu kehadiran Tiqah walaupun pada hakikatnya matanya tidak mampu dipejam lagi...Seram dowh~

3 jam berlalu.

Toink...Toink...Toink...

Tiqah : Kak, ana dah nak sampai ni.

Lega.

2 minit kemudian.

Pin! Pin!

"Ha, tu dia!!!" Huda separuh menjerit sambil berlari membuka pintu hadapan apabila melihat cahaya lampu masuk ke dalam rumah.

"Terang betul la lampu moto dia ni!" bebel Huda sambil memulas tombol pintu.


Saat pintu dibuka...

Gulp.

Terkesima.

Berderau darau di muka apabila insan yang ditunggu tiada di depan rumah. Motor pun takde apatah lagi lampu motornye...

Pintu segera ditutup, dikunci dan.......Huda berlari masuk ke bilik.

"Astaghfirullahal'azim........Ya Allah, ujian apakah ini ya Allah..." Huda menangis ketakutan dalam selimut yang menutupi diri.

Tiba-tiba...

Cermin tingkap bilik diketuk.

Huda diam.

Cermin itu diketuk lagi.

Airmata Huda merembes laju. Mulut ditutup dengan kedua tapak tangannya. Takut 'si dia' dengar...

"Assalamualaikum...Kak Huda, oh Kak Huda. Tido dah ke? Ana dah sampai ni, bukak le pintu..." Suara itu terus memanggil bertalu-talu.

Huda kuatkan hati untuk melihat 'si dia' di sebalik cermin tingkap biliknya itu.

"Ya Allah!!!" Huda segera membuka pintu dan terus mengecam sosok tubuh gadis di hadapannya itu.

"Eh Tiqah, masuk la. Akak tertido dah tadi." Huda berdalih.

"Sori la kak sebab terlambat. Dah pukul satu pagi ni. Nak SMS, bateri kong pulak...Last SMS dengan akak tadi time ana gitau akak ana habis liqo' kul 10 malam. Em, sabo je la..." Tiqah mengeluh kesal.

"Erk???" Huda rase nak pengsan.

"Nape kak? Demam akak teruk lagi ke? Pucat je ana tengok muke akak ni..." Tiqah bertanya kerana melihat keadaan Huda yang pucat lesi.

"Eh, ok dah ni...alhamdulillah." Huda berdalih lagi.

Memang rase nak pengsan.

------------------------------------------------------

"Dhuha la dulu, awal lagi ni. Bukan nak gi mane pun..." Wani membebel sendiri.

Wani pun bersedia untuk solat sunat Dhuha berseorangan dalam bilik hadapan. Bilik ni memang bilik solat pun. Dah macam library pun ade, banyak buku di belakang Wani. Bilik belakang pula dipenuhi dengan baju. Bilik satu lagi penuh barang-barang jualan. Dah macam stor je...

Saat Surah As-Syam dialun perlahan, tiba-tiba...

Prang!!!

"Ah, sudah...pekebende pulak yang jatuh belakang aku ni?" detik hati Wani saat itu juga. Tak khusyuk dah solat Wani tika itu namun diteruskan juga hingga ke salam terakhir.

Selepas memberi salam, Wani memandang ke belakangnya dengan berhati-hati. Dilihat stapler birunya dah tergolek di belakang. Sikit lagi je nak kena kain telekung.

"Aik, tadi stapler ni memang kat sini ke? Agaknya tadi memang sipi-sipi je kot aku letak kat rak ni, tu yang jatuh tergoleh. Ingatkan ape la tadi...huhu," Wani mengusap dada dengan rasa lega.

[Stapler misteri]

Then, stapler biru itu diangkat dan diletakkannya semula ke atas rak buku. Letak kat dalam sikit supaya tak jatuh lagi.

Hajat untuk menunaikan 2 lagi rakaat solat sunat Dhuha diteruskan dengan tenang. Takbir diangkat...

Allahu...

Prang!!!

Serta merta pandangan Wani dihalakan ke belakang. Matanya tertumpu pada stapler biru tadi yang diletak kemas di atas rak yang jatuh 'sekali' lagi tanpa angin yang bertiup.

"Ya Allah...." Wani cemas dalam tenang.

Wani segera berlari ke bilik sebelah untuk mengganti baju kelawar dengan t-shirt labuh dan memakai pakaian lengkap menutup aurat sambil bernyanyi dengan suara lantang (untuk cover takut). Telekung ditanggal dengan cermat dan digantung baik (buat-buat berani). Setelah siap, kaki dihayun selaju mungkin menuju ke garaj dan enjin motor segera dihidupkan...

Preng...preng...preng!!!!!!!

Wani berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi.

Airmata.........terus mengalir. Takut kot~

------------------------------------------------

Muka Aini pucat lesi. Dengan hanya memakai telekung, Aini telah memasang (baca : switch on) semua lampu di dalam rumah termasuk lampu garaj dengan tergesa-gesa. Jihan yang baru terjaga daripada tidur terpisat-pisat mengekori Aini. Pelik.

"Awatnya ni kak oi?" Jihan bertanya.

Aini hanya memandang Jihan yang kini telah berada di sebelahnya. Matanya meliar memandang ke setiap sudut bilik belakang itu. Jihan turut melakukan perkara yang sama. Hanya beg dan kotak-kotak sahaja yang berada dalam bilik tersebut.

"Ana tanya ni, awatnya? Muka pucat lesi, akak nampak 'apa'?" Jihan bertanya selamba.

"Tadi...akak tengah solat tahajjud..." Aini mula menjawab.

"Pastu?" Jihan menyampuk.

"Pastu, akak dengar bunyi macam orang tengah mengemas kat bilik ni. Bunyi zip beg, bunyi macam plastik-plastik dikeronyokkan...bising..." Aini menyambung.

"Aik, macam bunyi tu ka?" Jihan bertanya sambil jarinya menunjuk ke arah dinding bilik tersebut yang direntangkan dengan plastik kanvas ambil ditiup angin.

"Ha, macam tu la. Tapi ada bunyi lain-lain lagi!" Aini cuba menceritakan hal sebenar.

"Macam-macam la akak ni. Perasaan akak je tu kot. Aii, tengah pagi-pagi buta ni, jangan pikiaq bukan-bukan la kak, seram ana dibuatnya..." Jihan mencebik.

"Takpa, ana pun leh tahajjud sekali ni. Dah alang-alang akak 'kejut'kan ana." sambung Jihan sambil berlalu 
ke bilik air.

Aini dilihat tertidur di ruang tamu dengan bertelekung apabila Jihan masuk ke bilik hadapan untuk menunaikan solat sunat tahajjud pula. Su masih tidur di sisinya kerana dia 'cuti' daripada solat.

Tidak lama setelah itu, azan Subuh sayup-sayup kedengaran. Jihan yang sedang membaca Al-Quran memanggil Aini untuk solat Subuh bersama. Aini tersentak. Tapi, takde apa yang terjadi...huhu~

Jihan mengetuai solat Subuh berjemaah kali itu. Solat mereka membelakangkan pintu bilik yang membawa ke ruang tamu. Namun, bacaan Qunutnya hampir terhenti saat telinganya menangkap bunyi seperti ada 'seseorang' yang sedang membuka zip beg. Perlahan, namun jelas kedengaran di telinganya pada waktu sunyi sepi pagi itu. Hatinya tiba-tiba berdegup kencang, namun diteruskan solatnya agar tidak mengundang pelik kepada makmummya, Aini.

"Perasaan kau je tu, Jihan..." dalam diam dirinya memujuk hati.

Setelah memberi salam dan berzikir, Jihan menadah tangan untuk memulakan bacaan doa selepas solat. Saat itu, telinganya sekali lagi mendengar bunyi yang sama sewaktu bacaan Qunutnya tadi. Serta-merta dia memandang ke belakang dan mencari-cari punca bunyi tersebut.

"Anti pun dengar ke?" Aini memecah hening secara tiba-tiba.

"Ha!!! Akak pun dengaq jugak ka?" Jihan kalut.

"Macam bunyi zip beg dibuka kan?" Aini bertanya mencari kepastian.


Tiba-tiba bunyi itu sekali lagi kedengaran di telinga. Kali ini bersebelahan dengan tempat duduk Jihan.

"La...bunyi henfon Su ka? Vibrate kak...Kita punya pikiaq bukan-bukan..." Jihan lega.

"Yeke? Ce tengok dah berape banyak SMS yang dia terima sejak tadi? Kuang asam tul la orang yang anto SMS tu...pagi-pagi cenggini...haish!" Aini membebel panjang.

Jihan segera membelek-belek henfon Su yang dikatakan punca datangnya bunyi pelik-pelik tadi sambil tersenyum melihat gelagat Aini.

"Kak....." perlahan Jihan memanggil. Serius mukanya menatap Aini.

"Jom baca Mathurat kak!" Jihan memberi cadangan kepada Aini sambil segera mengubah kedudukan ke sebelah Aini.

"Satu SMS pun tak masuk kak! Kosong!" Jihan separuh berbisik ke telinga Aini.

Mereka segera membaca Mathurat sekuat hati menghadap pintu bilik tersebut. Su yang sedang tidur juga terjaga mendengar suara mereka yang sangat kuat.

"Awatnya antuma baca kuat sangat tara tu? Kot ya pun nak suruh ana join..kejut la baik-baik...huh?" Su membebel.

Mereka tidak mengendahkan bebelan Su yang masih berbaring di hadapan mereka. Malah, bacaan mereka semakin kuat....

Apekah??????

-------------------------------------------------

Bismillah.

Assalamualaikum wbt kawan-kawan yang ana cintai kerana Allah. Seram tak kisah-kisah di atas? Hehe...tak seram pun kan sebab sikit sangat 'cobaan'nya... Ada ramai lagi yang mengalami kisah yang lebih seram daripada ni. Tapi...kisah-kisah di atas adalah KISAH BENAR di antara banyak kisah benar lain yang pernah dialami oleh beberapa orang akhwat di RUMAH SEWA mereka. Nama sebenar telah diubah dan rumah sewa pun berbeza-beza. Guna loghat Perak dan Utara sikit sebab itu je loghat yang ana reti...huhu. Ada yang diubah sedikit daripada kisah sebenar mengikut kesesuaian dan setakat yang ingat di kepala ni.

Bukan ana nak menakut-nakutkan antunna yang akan dok rumah sewa after this, sebab perkara-perkara camni boleh berlaku di mana-mana sahaja dan kepada sesiapa sahaja. Jangan kata dok kat Desasiswa tu aman sejahtera je..hehe.

Kisah di atas berlaku kepada akhwat, bukan 'orang biasa'. Maksudnya, ujian buat orang yang ditarbiyah. Mereka membaca Al-Quran, bangun malam untuk solat sunat Tahajjud, istiqomah solat sunat Dhuha, membaca Al- Mathurat dan macam-macam lagi ibadah sunat disamping sentiasa menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain. Namun, mereka masih diuji dengan perkara sebegini. Kan ujian yang Allah bagi tu mengikut kemampuan masing-masing? Akhwat yang di atas tu mungkin hanya mampu diuji dengan ujian yang sedikit cuma, tapi tu pun dah gelabah tahap gaban. Yang tak biasa menangis pun boleh menangis...Kelakar kan? Tapi tu la, ujian itu tak membuatkan mereka mengalah dan hidup dalam ketakutan. Sebab...tarbiyah itu berjaya menguatkan hati-hati mereka menghadapi ujian Allah yang pelbagai, alhamdulillah. Dan, sehingga sekarang mereka masih berbahagia tinggal di rumah sewa.

Yang penting, tetaplah menjaga IMAN masing-masing walau dimana pun kita berada. Kuatkan TARBIYAH DZATIYAH masing-masing setiap waktu dan ketika. Di saat ujian itu hadir, kita sudah bersedia menghadapinya dengan penuh keimanan, insyaAllah.


-----------------------------------------------------
~Nur Iman Kami (NIK) in memory~


Friday, June 15, 2012

Tanya sama hati...

Melihat si dia,

Gebu.
Demuk.
Comey.
Wah, geramnya...

Melihat pula si dia,

Putih.
Kiut.
Cantik.
Eeee, teringinnya...

Haha, ape lah aku ni.

Melihat 2 orang kanak-kanak itu, yang baru menjengah dunia...terasa lapang dada yang sesak dengan nota-nota kuliah.

Gebu kan???

Si gebu itu namanya Muhammad Iman Najib atau Ateh, anak bongsu Kaklong aku. First time jumpe time aku balik Putrajaya after program KOMPAS 2012 yang lepas. Baru 4 bulan dah jadi demuk camtu...hehe, sangat comel dan...berat. Alhamdulillah, dikurniakan anak lelaki setelah lahirnya 3 orang kakaknya yang agak kurus kalau nak dibandingkan dengan budak demuk ni.

Cantik tak???
Si cantik itu pula belum diberi nama. Baru pagi semalam lahir dari rahim seorang sahabat aku bernama Ain Manan dengan berat 3.0 kg. Mukanya, sebijik cam abang sulungnya bernama Amirul Muttaqin yang baru berusia 1 tahun 4 bulan tapi versi perempuan la...Erm, alhamdulillah dah cukup sepasang anak dia. Bertuahnya...

Tuah datang dari Allah buat mereka. Tuah aku mungkin lain pula.

Nak diceritakan...erm, rase jeles tengok diorang sume ni. Yang dah abih blajo, dah keje, dah kawen, ade anak...aish, bahagianya hidup.

Selalu je orang tanye, bile nak makan nasi minyak Kak Mas ni? Hoh??? Soalan cepumas yang dah tak larat aku nak dengar. Ye la, umur dah makin lanjut, muke boleh tahan (perasan), dah nak grad pun...pasaipa tak kawen2 lagi???

Ni jawapan aku:

Nasi ade, minyak pun ade, kalau campurkan jadi le nasi minyak, nak ke??? huhu~


Korang ingat pilih suami tu cam pilih nasi lemak yang dijual kat Dynamic Kiosk tu ke? Leh pilih-pilih camtu je...ade BT (bilis telur), UT (udang telur) dan KT (kerang telur)...sume i allergic tau...euww~

Takde la, gurau je tu. Sape tak nak kawen angkat kepale lutut! Ha, kompem sume nak kan...hewhewhew...
Bukan camtu dik. Aku cari gak la pasangan tu, tapi kalau dah takde rezeki (takde jodoh) lagi, apo nak dikato?

Terlalu memilih?
Hidup ini adalah pilihan, maka pasangan pun perlu la dipilih dengan tepat. Tak semestinya si dia perlulah seorang yang terlalu faqih dalam agama (sebab aku pun biase2 je), atau hensem sesangat (walaupun aku ni perasan lawa)...tapi, cukuplah sekadar sedap mata memandang dan FAHAM agama serta faham akan tugas aku sebagai seorang aktivisma.

Tak perlu la kapel2 dik, walaupun best berkapel ni (ye ke?). Nak kenal dulu, boleh melalui orang yang mengenal pasangan tersebut. Gunakan pendekatan pihak ketiga yang dipercayai dan baik agamanya.

Aku, kalau cite bab kawen2 ni memang terer walaupun belum kawen lagi...hehe :p
Pengalaman, mungkin ade la kesah dolu2 time belum matang lagi. After abih sekolah dulu, teringin gak nak berkapel cam orang lain...ececeh~

"Santun pekertimu dan lembut tutur katamu,
Menarik minatku untuk mendekatimu..."

Cewah, lagu See You Di IPT ni sangat sesuai la kot. Ramai yang dok berkenan (perasan lagi), tapi tu la, aku ni tak romantika kot. So, semuanya stop di tengah jalan...ececeh sekali lagi. Maksud aku, tak sempat nak bercinta dah stop....haha, pekebendenye nih???

"Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa,
Kau sebutir pasir tak berharga..."

[Demi Cinta Suci :: UNIC]

Ni lah kot yang depa dok rasa time berpisah dengan aku, sob sob sob...huhu, cam betul je kapel ek~

Sebenaqnya kawan2, aku pun tak tau lagu mana cara yang sebenaq2nya untuk meluahkan rasa cinta kat sapa2 yang kita suka. Ha, dok renyih ja tu, mesti pernah jadi kat hangpa kan? kan? kan?


"Ku pendamkan perasaan ini,
Ku rahsiakan rasa hati ini,
Melindungkan kasih yang berputik,
Tersembunyi di dasar hati...

Ku pohonkan petunjuk Ilahi,
Hadirkanlah insan yang sejati,
Menemani kesepian ini,
Mandamaikan sekeping hati..."


Adoi la., lagi lagi lagu UNIC berkenaan dengan hati dan cinta. Dup dap dup dap la jantung aku dengaq lagu ni. Nak taip pun ketaq2...haha~

Meh aku tukaq skit lirik lagu ni...bagi yang syahdu skit.

"Tuhanku Maha Pengasih,
Tuhanku Maha Penyayang,
Sebelum pun sempat tangisku jatuh ke bumi,
RahmatNya menyambut...

Membisik bujukan penawar bersakti,
Apa lagi nak ku gusar,
CintaNya tak pernah gagal,
Hadir di kala ku sepi di kala ku bersedih..."

[Jalan Sehala :: Saujana]

Tak tau la aku nak cite ape sebenonye ni. Erm, sekadar meluah perasaan (atau perasan?) terhadap fenomena kawen ni. Aku jadi mangse keadaan bile orang dok tanye soalan2 tersebut di kala umurku makin meningkat. Serabut otak teman mikionye...Takpe le, jodoh itu kan rahsia Allah. Jangan le riso sangat. Jika tiada di dunia, mungkin di akhirat sane, insyaAllah (^_^).


"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Mahaluas (pemberianNya), Maha Mengetahui."
[Surah An-Nur ; 24 : 32]

Thursday, June 7, 2012

Ketawa & Airmata (Part 3)

"Ni ke tempat yang ko selalu pegi maghrib-maghrib camni?" tanya Dania kepada roomatenya , Farah.

"Aish...ko ni. Bunyi cam aku gi tempat tak senonoh je..." rungut Farah.

"Aish apenye ko ni? Ko nak aku tanye camni ke???
-Wahai Cik Farah, disinikah tempat yang kau kunjungi setiap kali bulan purnama mengambang?-
Camni???" Serius Dania mengajuk gaya P. Ramlee mengorat Cik Salmah...

"Hahahahaha...lawaknye!!!" Farah mencebik.

"Betul ape..." Dania menutup mulut menahan tawa.

"Ko ni...ce serius skit..." Farah menyambung lagi.

Farah bingkas dari tempat duduknya menuju ke rak buku di sudut hujung surau blok P1 itu. Dibelek-belek Al-Quran terjemahan yang tersusun cantik di rak empat tingkat tersebut. 

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."

[Surah Al-'Ankabut; 29 : 69]

Tak semena-mena airmatanya mengalir membasahi pipi di saat dia membaca beberapa potongan ayat Allah di dalamnya. Terasa ngilu hingga menusuk di kalbunya yang paling dalam.


"Hoh, Farah? Ko nape pulak ni?? Sentap ngan aku ke weh??? Sori la Farah, aku gurau je la..." pujuk Dania yang menjadi panic mendengar tangisan Farah yang menghibakan.

"Aku minta maaf weh..." pujuk Dania sambil memeluk belakang Farah.

Tiba-tiba tawa Farah meledak melihat reaksi spontan sahabatnya itu.

"Memang touching la ko ni Nia, terharu aku...hehe," usik Farah.

........................................................................................................

Monday, May 28, 2012

I'll choose!

Bismillah.


Dugaan menerpa
lagi...

Stress=Migraine

Terasa lemah diri ini.

Aku buntu.

Nak biarkan
atau teruskan...

Diluah mati emak
ditelan mati bapak.

Dua-dua menyakitkan.

Namun aku perlu memilih
kerana hidup ini adalah pilihan.

I'll choose!



Ya Allah,
Tunjukilah aku jalan keluar/pilihan yang terbaik.
Perkenankanlah.

Biar pendam resah di hati, asal orang sekeliling bahagia menanti. Bukan aku.

Saturday, May 19, 2012

Dia bukan milikku...

Fira mengusap-usap perutnya sambil bersenandung kecil...

"Satu satu...sayang pada Allah...
Dua dua...sayang Rasululullah...
Tiga tiga...sayang ummi abi...
Satu dua tiga...sayang ummah ini..."

     Airmata menitis ke pipinya disertai senyuman di bibirnya yang mulus. Lantas dirasakan hangat sebuah sentuhan lembut jari-jemari kekasih hatinya mengesat airmatanya yang seperti tidak mahu berhenti...Rambutnya dibelai dengan penuh manja. Serta merta kepalanya dilentokkan ke bahu kiri milik suaminya yang tercinta dan...airmatanya terus mengalir deras.

"Kenapa ni Yang?" lembut sapaan Nawwar Haiqal kepada isterinya yang sarat mengandung anak kedua mereka sedangkan anak pertama mereka, Nawfal Harris sedang tidur pulas diulit mimpi dalam buaian buatan sendiri. Tangan Fira dan Nawwar Haiqal tetap meghayun buaian kecil di sebelah kanan mereka.

Senyum.

"Nothing to say, Honey..." Fira membalas dengan rasa sebak di dada. Dipandang wajah dua orang lelaki kesayangannya itu silih berganti tanpa berkedip. Entah kenapa dengan dirinya sejak dua menjak ni. Hati terasa sebak tanpa dipinta.

"Erm...takpe la kalau tak nak bagitau. Nak merajuk la kalau camni..." mendatar suara Nawwar Haiqal sambil menarik muka empat belas (kenapa empat belas yer...hmmm???).

     Fira tersenyum melihat sikap keanak-anakan suaminya sambil mencubit hidung mancung suaminya itu. Esakan kecil jelas kedengaran di telinga Nawwar Haiqal oleh wanita yang berada dalam pelukannya kini. Terharu barangkali.

------------------------------------------------

"Tangan yang disangka lembut menghayun buaian,
Menggoncang dunia mencipta sejarah..."

[Sumayyah by Hijjaz]

---------------------------------------------------

     Fira memeluk tubuhnya yang kedinginan. Satu persatu memori itu mengimbas jelas dalam fikirannya. Tiada airmata lagi yang gugur setelah hari itu. Fira berusaha menjadi setabah Zainab Binti Muhammad SAW yang terpaksa meninggalkan suaminya untuk berhijrah bersama rombongan Muslimin ketika itu demi menjaga agama Islam yang dianutinya walau cintanya terhadap sang suami menggunung tinggi. Fira cuba membandingkan ketabahan dirinya dengan tokoh wanita Islam tersebut saat melepas pergi sang suami ke bumi Palestin yang tidak menjanjikan sang mujahid pulang dengan jasad bernyawa.

     Nur Munawwarah Sakinah dipandang sekilas di birai katil bersama si mujahid kecil yang lincah mengacah adiknya sambil menggoyang-goyangkan tangannya. Senyum tersungging di bibirnya yang pucat. Fira tidak mampu melihat wajah kecil kedua-dua orang anaknya yang ditinggal pergi tanpa seorang ayah di sisi. Namun, dia perlu bangkit daripada kelemahan itu dengan bekalan semangat sang suami yang berjuang di suatu tempat yang jauh dengan berpegang pada kalimah Lailahaillallah. Dia juga harus berjuang membesarkan anak-anaknya dengan ruh jihad yang masih menebal dalam dirinya.

-------------------------------------------------

Triit tit...Triit tit...

"Ya assalamu'alaikum. Siapa di sana?" tanya Fira saat menjawab panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenalinya.

Senyap.

"Wa'alaikumussalam sayang..." jawab pemanggil sebelah sana secara tiba-tiba. Terdengar ketawa kecil di telinganya yang sedang memegang telefon itu.

"............" airmata serta merta mengalir deras saat mendengar suara kerinduan yang ditunggu-tunggu selama ini menyapa di telinga.

"Sayang...? Dah tak kenal dengan abang ke? Sayang ok ke tak ni? " tanya pemanggil sebelah sana pula.

"Subhanallah...Maha suci Allah yang Maha Mengetahui segala apa yang berada dalam hati hambaNya...Alhamdulillah..." ucap Fira secara spontan.

"Alhamdulillah sayang. Abang akan pulang ke tanah air dalam masa dua minggu je lagi. Rindu nak tengok wajah-wajah kesayangan abang ni..." Nawwar Haiqal mengomel sendiri. Airmatanya juga tumpah tanpa sedar.

"Ya bang, pulanglah. Fira pun tak sabar-sabar nak bertemu dengan abang. Anak-anak kita pun dah besar. Nawfal Harris suka sangat menyakat Nur Munawwarah Sakinah sekarang ni," luah Fira dengan nada teruja. Terbayang-bayang wajah kedua-dua orang anaknya itu.

"Ya insyaAllah. Abang pun rindu sangat dengan mujahid dan mujahidah kita tu...Mesti hensem dan comel macam abi diorang...hehe," Nawwar Haiqal sempat berjenaka dengan isteri yang sangat dirinduinya itu.

"Elleh, perasan la tu. Diorang tu kiut macam ummi diorang la..." Fira tidak mahu mengalah.

"Ya la...ye la...ambik la semua. Yang kiut semua ummi...yang comel pun ummi jugak...Habis, abi diorang macam mana pulak?" Nawwar Haiqal merajuk nakal.

"Ha, betul la tu...tapi, diorang tu kuat semangat dan kelakar macam abi diorang la, insyaAllah," pujuk Fira lembut.

Nawwar Haiqal tersenyum sambil menyeka airmatanya. Sebak di dada tidak dapat ditahan lagi. Dia berdoa di dalam hatinya dengan penuh rasa kehambaan...

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa isteriku serta anak-anakku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa-dosa kaum keluargaku, dan dosa-dosa sekalian muslimin muslimat seluruh dunia sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Engkau jadikanlah keturunanku itu mujahid dan mujahidah yang tidak meninggalkan solat dan tetap tegar berjuang di jalanMu yang mulia ini ya Rahman. Engkau kurniakanlah ketabahan dan kekuatan kepada mereka dan juga isteriku yang sentiasa mendokong dakwahku terhadapMu ya Rahim. Satukanlah kami di dunia hingga bertemu di syurgaMu kelak. Perkenankanlah ya Allah akan permintaan hambaMu yang lemah ini."

--------------------------------------------------

     Fira memeluk kedua-dua orang anaknya yang masih belum mengerti apa-apa yang berlaku di sekeliling mereka. Airmatanya juga telah kering. Namun matanya yang sedikit sepet tetap segar terbuka. Pipinya yang memerah dibiarkan sahaja tanpa secalit bedak pun. Mukanya kekal berseri pada hari itu. Dua minggu yang ditunggu-tunggu tiba jua. Kepulangan suami yang dirindui disambut dengan deraian airmata yang tidak putus-putus. 

Disangka panas sampai ke petang, namun rupa-rupanya hujan di tengahari.

Sabtu, 19 Mei 2012: Seorang doktor perubatan yang ditugaskan di Gaza dalam misi 'Selamatkan Ummah' tajaan Aman Palestin sejak setahun lalu, Dr. Nawwar Haiqal  Bin Abdul Hadi disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital terdekat setelah ditembak oleh sekelompok rejim Zionis di sini dua hari lepas. Beliau dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air ketika bertembung dengan sekelompok rejim Zionis yang menyekat laluan trak yang dinaiki olehnya bersama 3 orang lagi penduduk Palestin. Namun, ketiga-tiga penduduk Palestin itu terselamat daripada tembakan secara rawak itu. Jenazah beliau telah selamat disemadikan di tanah airnya, Johor, Malaysia oleh penduduk kampung beliau dengan kerjasama pasukan Aman Palestin Malaysia. Arwah telah meninggalkan seorang balu dan dua orang anak yang berusia satu dan tiga tahun . Pasukan Aman Palestin Malaysia telah menyerahkan infaq kilat buat keluarga arwah melalui isterinya, Dr. Nur Munawwarah Safira Binti Muhammad Syafiq di kediaman mereka di Skudai, Johor. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Yang Maha Esa dan amalnya dihitung sebagai pahala syahid, ameen.


Sumber : Aman Palestin News


"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya." 
(Surah Al-A'raf: ayat 34)

      Lama Fira memandang wajah suami kesayangan yang terbujur kaku di hadapannya dengan sebuah senyuman yang tidak pernah dilupakan selama ini. Hati terasa sayu. Nawfal Harris dan Nur Munawwarah Sakinah yang berada dalam dukungan datuk dan neneknya juga dipandang silih berganti. Fira menerima ketentuan Allah buat dirinya yang benar-benar ditinggal pergi suaminya di dunia ini buat selama-lamanya. Namun dia terus berdoa agar dirinya dapat menjadi bidadari buat suaminya di syurgaNya yang kekal abadi kelak.

----------------------------------------------------------

"Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka hidup, di sisi TuhanNya mendapat rezeki."
[Surah Ali-Imran ; 3 : 169]

------------------------------------------------------------

Monday, May 14, 2012

Puteriku Sayang


Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica feat Munif
http://liriknasyid.com



Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji yang mengabdikan diri

Malu mu makhota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Wednesday, May 9, 2012

Dialog Masa Depan

Bismillah

--------------------


"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..."



[Surah An-Nur ; 24 : 26]


----------------------

Prolog

Suri : Bukan ape kak, saya cuma rase terkejut dengan apa yang dia cerita kat saya. Berterus-terang tapi memalukan...

Saya : Suri, ape sebenarnya yang dia cerita kat Suri?

Suri : Ish, malu la pulak nak cerita...

Saya : Pulak???

--------------------

Ini adalah dialog antara saya dan seorang gadis genit dimana dia telah meluahkan perasaannya kepada saya pada suatu hari. Saya dan Suri (bukan nama sebenar) telah berkenalan beberapa tahun yang lalu dan hari ini saya dipertemukan semula dengannya tanpa dirancang, alhamdulillah. Ikuti sebahagian daripada dialog antara saya dan Suri.

---------------------

Flashback scene

Suri : Saya kenal dia tak lame pun kak. Erm...mase saya tahun 2 sem 1 kak. 

Saya : Sekarang ni Suri tahun berapa?

Suri : Tahun 3 sem 2, kak.

Saya : Oooo...dah nak habis belajar la ni kan? So ape yang terjadi saat pertemuan pertama kali Suri dengan dia?

Suri : Eh, saya ada setahun lagi kak kat sini, kursus 4 tahun. Erm, saya kenal dia, tapi dia tak kenal saya. Maklumlah, dia glamer kak...Saya ni biase-biase je. Kebetulan pulak, sem lepas adalah kali kedua kami ambik paper yang same. Dalam kelas saya memang suke dok depan, dia dok belakang kot sebab tak nampak pun mane-mane lelaki depan saya. Saya kenal dia pun gitu-gitu je kak.

Saya : Habis tu, camne boleh terlebih 'kenal' pulak?

Suri : Tah la kak. Mase sem lepas tu saya ada join satu event ni. Dia pun join sekali. Akak tau la kan, saya ni bukannya rapat dengan mane-mane lelaki walaupun kawan sekelas. Tapi, event tu telah 'menyatukan' kami. Ade task yang perlu untuk kami bekerjasama. Mesti la dia dapat nombor phone saya untuk urusan tersebut.

Saya : Pastu...???

Suri : Jap, mengah nak cite...hehe (^_^). Pastu, dia ade la SMS saya. Sebabnya, lecturer saya tu selalu usik saya dengan menyebut tempat kelahiran saya setiap kali masuk kelas...Siap menyanyi lagi rentak lagu Allahyarham Sudirman...Camni, "Kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu...". So, mule-mule tu dia SMS tanye saya, betul ke saya ni orang Kuala Kubu? 

Saya : Suri jawab ape?

Suri : Saya cakap la saya memang asal sane, tapi Kuala Kubu Bharu la...hoho~

Saya : After that...???

Suri : After that, dia selalu SMS saya la kak. Yang saya ni pulak pergi layan SMS dia sebab saya ingat nak anggap je la sebagai kawan-kawan.

Saya : Suri layan SMS dia? Setiap hari???

Suri : Tu la yang masalahnye kak. Memang hari-hari pun kak...Lame-lame saya dah terbiase SMS dengan dia. Kalau tak terima SMS dia sehari, rase tak best je hidup ni...Astaghfirullah...

Saya : Ish...dah parah ni Suri...

Suri : Saya tau kak. Berdosa kan? SMS dengan lelaki yang bukan mahram tanpa tujuan yang pasti. Sedangkan pasangan yang dah menikah pun tak SMS camtu...

Saya : Ha, tau takpe...

Suri : Hehe...tapi nak buat camne kak? Walaupun saya tau itu adalah dosa, malah selalu je saya rasa bersalah, tapi saya tetap SMS dia sebab...sebab...

Saya : Sebab ape Suri...?

Suri : Rindu...(tunduk malu)

Saya : Erm...biase la rindu-merindu tu Suri...Fitrah insani...kan?

Suri : Eh, biase ke kak? Takpe eh?

Saya : "Rindu itu adalah anugerah dari Allah, insan yang berhati nurani punyai rasa rindu..." (nada lagu nasyid dendangan Hijjaz). Tapi, rindu kepada yang halal la dik...Rindu kat mak, ayah, adik-beradik, suami/isteri...kawan-kawan...

Suri : Kawan-kawan? So, boleh la kak kan? kan?? kan???

Saya : Kawan-kawan perempuan...ehem~

Suri : Errr...

Saya : Eh jap, Suri cakap ini kali kedua Suri sekelas dengan dia? Yang pertama tu bila pulak? Tak jadi ape-ape ke?

Suri : Oh yang tu...Ade kak, mase saya tahun 2 sem 1 tu la kak. Dia cakap dah lame dia nak kenal-kenal dengan saya, tapi dia malu...Erm...

Saya : Malu??? So, tak jadi ape-ape la kan?

Suri : Ye kak. Tapi, itu la titik tolak dia nak berkenalan dengan saya dengan lebih lanjut.

-----------------------------

Hampir setahun lamanya Suri 'menyulam kasih' dengan si dia yang diperkatakan begitu romantis. Malah mereka pernah keluar bersama-sama tanpa pengetahuan sesiapa (sebab glamernya lelaki tersebut-->takut orang lain nampak). Namun mereka terlupa bahawa Allah itu Maha Melihat. Tak declare ape-ape pun. Mungkin ia satu helah si empunya diri? Atau ada agenda yang tersembunyi?

------------------------------

Saya : So, apa yang dah jadi sekarang? Hubungan kamu berdua dah jadi ape?

Suri : Tak jadi ape-ape kak. Saya dah 'putus'kan hubungan dengan dia secara total!

Saya : Aik? Ape dah jadi?

SuriBukan ape kak, saya cuma rase terkejut dengan apa yang dia cerita kat saya. Berterus-terang tapi memalukan...

Saya : Suri, ape sebenarnya yang dia cerita kat Suri?

Suri : Ish, malu la pulak nak cerita...

Saya : Pulak???

Suri : Erm...kadang-kadang tu kak, kami ni ber'sayang-sayang' dalam SMS. Dalam telefon atau depan-depan belum lagi la. Dia nak cover line kot. Tapi, saya tak kisah pun hal tu. Cumanya, lame-lame dia makin berani...

Saya : Aish...seramnye cite kamu ni Suri...

Suri : Bukan saje seram kak, tapi menggelikan!

Saya : Ce citer...

Suri : (Tunduk) Dia citer kat saya yang dia rindu saya sampai termimpi-mimpi. Saya tak kisah sangat la sebab mungkin betul dia rindu kat saya sebab dah lame pun kami tak bersua muka. Tapi.......

Saya : Erm...?

Suri : Dia cakap...dia mimpi...sampai basah...(tunduk lagi)

Saya : Apekah???

Suri : Akak tak faham ke?

Saya : Erm (buat-buat tak faham)...kamu faham ke?


Suri : Mule-mule tu saya tak faham, tapi dia yang cite kat saya 'benda' ape tu...


Saya : Hoh???


Suri : Geli kan kak??? Aish~~~


Saya : Tapi Suri tak leh la salahkan dia sorang je...Erm, masalah ni datang daripada kita jugak. Lelaki ni ada macam-macam...ada yang cepat je terbayang-bayang perempuan yang dia kenal, ada yang tidak...Kita yang paling utama kene menjaga diri...


Suri : Baik kak, saya insaf...


-------------------------

"Dan janganlah kamu menghampiri zina..."

[Surah Al-Isra' ; 17 : 32]


----------------------------

Suri : Tapi, bukan itu penyebab saya 'clash' dengan dia kak. Sebab dalam geli-geli tu pun, saya masih berhubung dengan dia...Orang kate ape kak? Bila hati dah sayang...........

Saya : Rumitnye kisah kamu ni Suri...Panjangnya urusan kamu dengan Allah after this~

Suri : Astaghfirullahal'azim...(tunduk)

Saya : Ok sambung...so, ape sebabnye?

Suri : Saya pun faham agama sebagaimana yang akak faham...Saya juga faham apa itu tarbiyah islam kak...Namun, saya juga manusia biase yang kadang-kadang tewas dengan nafsu yang membujuk diri. Saya bersyukur kepada Allah kerana nampaknya masih ada sekelumit iman yang masih berbaki dalam jiwa saya. Dalam keseronokan saya melayani bujukan kasih sayang insan yang bukan mahram dengan saya itu, Dia meniupkan satu rasa berdosa yang teramat sangat dalam jiwa saya. Saya cuba muhasabah diri saya semula. Benarkah kasih sayang insan ini yang saya dambakan selama ini? Adakah ia kasih sayang sejati yang akan kekal dan diredhaiNya? (menangis)

Saya : Sabar ye Suri...Bagus la kalau Suri dah sedar...alhamdulillah. Jangan sedih-sedih eh...(tak reti nak pujuk)


Suri : Kak, itu bukan rintihan taubat saya yang pertama kali. Saya pernah menyesali perbuatan saya itu, namun saya mungkirinya...Saya mohon ampun daripadaNya, namun saya kembali semula ke jalan kehinaan itu...Betapa lemahnya jiwa saya ni kak...(menangis lagi)

Saya : Suri sayang...Allah itu kan Maha Penerima Taubat, kan? Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang...Kerana sayangkan Suri lah maka Dia masih meng'hidup'kan hati Suri untuk kembali ke pangkal jalan...

Suri : Tapi, berdosakah saya menyayangi lelaki itu kak? Dia pun orang yang baik, cuma mungkin dia pun same dengan saya...terlanjur menyayangi...

Saya : Tidak berdosa sama sekali jika kamu berdua adalah pasangan suami isteri (^_^)

Suri : ........(hilang kata-kata)

Saya : Suri, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, begitu juga sebaliknya. Itu janji Allah yang tertera dalam Al-Quran. Akak bukan cakap yang dia tu tak baik atau jahat, tapi jika Suri inginkan lelaki yang baik sebagai pendamping hidup Suri di dunia hingga akhirat kelak, maka belajarlah untuk menjadi seorang perempuan yang baik sebagaimana keinginan kita itu. Jaga pergaulan dan akhlak kita dengan sesiapa sahaja terutamanya di hadapan lelaki ajnabi. Sampai suatu masa yang ditetapkan, maka pasti Allah menghadiahkan seorang insan yang berpadanan dengan darjat kesolehan kita melalui ikatan suci pernikahan. Dia pun sama la. Yakinlah dengan janji Allah wahai adikku sayang...

Suri : Tapi kak, sampai saat ini belum ada yang berpadanan dengan saya ke? Saya masih sayangkan dia kak...huuuu~

Saya : Suri...Suri...(ketawa kecil). Jika belum ada pun tak mengapa. Teruskan berdoa dan beramal soleh. Jaga amal ibadah dengan baik. Jaga hubungan dengan Allah dan juga makhluknya dengan baik. Kalau betul dia, alhamdulillah. Tapi, kalau bukan dia pun, pastinya seseorang yang bersesuaian dengan Suri sedang menunggu Suri saat iman Suri adalah yang terbaik, insyaAllah. Jika bukan di dunia, pasti di akhirat kelak. Be positive my dear dan bersangka baiklah denganNya. Kita doa sama-sama ya...


Suri : Akak...bile difikirkan kembali, saya terase bodoh la kak. Erm, kenapa saya boleh cepat cair dengan kata-kata manis seorang lelaki yang saya baru kenal...Sedangkan selame ni saya sangat menjaga diri saya daripada perkara-perkara sebegitu. Saya juga ade menasihatkan kawan-kawan saya agar menjauhi zina seperti dalam Surah Al-Isra' ayat yang ke-32. Malu rasenye dengan Allah...


Saya : Suri...Kadang-kadang tu Dia bagi kite rase dulu sesuatu itu supaya kite lebih terkesan dengan peringatanNya itu. Dia nak kite selalu menangis dan memohon ampun kepadaNya. Sebabnya, Dia sangat rindu dengan tangisan taubat para  hambaNya. Tapi, itu bukanlah bermakna kite kena try semua jenis maksiat dulu sebelum bertaubat...Itu analogi sahaja...huhu~


Suri : Ye la kak, saya faham ape yang akak maksudkan. So, sekarang ni saya nak simpan hati suci saya yang tinggal sedikit ni untuk orang yang halal bersame saya kelak. Sebelum tu saya nak bersihkan hati saya ni dengan cinta Allah.


Saya : Alhamdulillah...Camni la adik akak. Kuat semangat. Positif dengan ujian Allah.

Suri : InsyaAllah kak. Saya cuba perbaiki kelemahan diri saya dan mempertingkatkan amal ibadah saya hanya semata-mata kerena Allah. Terima kasih kak kerana sudi menjadi pendengar setia saya. Ha, yang akak pulak bile nak nikah? Hehe (",)

Saya : Sama-sama...InsyaAllah dik...Satu hari nanti ia pasti hadir jua...Doakan (^_~)

-------------------------------

"Sesungguhnya, orang-orang yang mencari (keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami dan Dia beserta orang-orang yang berbuat baik."

[Surah Al-'Ankabut ; 29 : 69]

---------------------

[Akan tiba jua saatnya nanti...InsyaAllah]