Photobucket

Monday, May 28, 2012

I'll choose!

Bismillah.


Dugaan menerpa
lagi...

Stress=Migraine

Terasa lemah diri ini.

Aku buntu.

Nak biarkan
atau teruskan...

Diluah mati emak
ditelan mati bapak.

Dua-dua menyakitkan.

Namun aku perlu memilih
kerana hidup ini adalah pilihan.

I'll choose!



Ya Allah,
Tunjukilah aku jalan keluar/pilihan yang terbaik.
Perkenankanlah.

Biar pendam resah di hati, asal orang sekeliling bahagia menanti. Bukan aku.

Saturday, May 19, 2012

Dia bukan milikku...

Fira mengusap-usap perutnya sambil bersenandung kecil...

"Satu satu...sayang pada Allah...
Dua dua...sayang Rasululullah...
Tiga tiga...sayang ummi abi...
Satu dua tiga...sayang ummah ini..."

     Airmata menitis ke pipinya disertai senyuman di bibirnya yang mulus. Lantas dirasakan hangat sebuah sentuhan lembut jari-jemari kekasih hatinya mengesat airmatanya yang seperti tidak mahu berhenti...Rambutnya dibelai dengan penuh manja. Serta merta kepalanya dilentokkan ke bahu kiri milik suaminya yang tercinta dan...airmatanya terus mengalir deras.

"Kenapa ni Yang?" lembut sapaan Nawwar Haiqal kepada isterinya yang sarat mengandung anak kedua mereka sedangkan anak pertama mereka, Nawfal Harris sedang tidur pulas diulit mimpi dalam buaian buatan sendiri. Tangan Fira dan Nawwar Haiqal tetap meghayun buaian kecil di sebelah kanan mereka.

Senyum.

"Nothing to say, Honey..." Fira membalas dengan rasa sebak di dada. Dipandang wajah dua orang lelaki kesayangannya itu silih berganti tanpa berkedip. Entah kenapa dengan dirinya sejak dua menjak ni. Hati terasa sebak tanpa dipinta.

"Erm...takpe la kalau tak nak bagitau. Nak merajuk la kalau camni..." mendatar suara Nawwar Haiqal sambil menarik muka empat belas (kenapa empat belas yer...hmmm???).

     Fira tersenyum melihat sikap keanak-anakan suaminya sambil mencubit hidung mancung suaminya itu. Esakan kecil jelas kedengaran di telinga Nawwar Haiqal oleh wanita yang berada dalam pelukannya kini. Terharu barangkali.

------------------------------------------------

"Tangan yang disangka lembut menghayun buaian,
Menggoncang dunia mencipta sejarah..."

[Sumayyah by Hijjaz]

---------------------------------------------------

     Fira memeluk tubuhnya yang kedinginan. Satu persatu memori itu mengimbas jelas dalam fikirannya. Tiada airmata lagi yang gugur setelah hari itu. Fira berusaha menjadi setabah Zainab Binti Muhammad SAW yang terpaksa meninggalkan suaminya untuk berhijrah bersama rombongan Muslimin ketika itu demi menjaga agama Islam yang dianutinya walau cintanya terhadap sang suami menggunung tinggi. Fira cuba membandingkan ketabahan dirinya dengan tokoh wanita Islam tersebut saat melepas pergi sang suami ke bumi Palestin yang tidak menjanjikan sang mujahid pulang dengan jasad bernyawa.

     Nur Munawwarah Sakinah dipandang sekilas di birai katil bersama si mujahid kecil yang lincah mengacah adiknya sambil menggoyang-goyangkan tangannya. Senyum tersungging di bibirnya yang pucat. Fira tidak mampu melihat wajah kecil kedua-dua orang anaknya yang ditinggal pergi tanpa seorang ayah di sisi. Namun, dia perlu bangkit daripada kelemahan itu dengan bekalan semangat sang suami yang berjuang di suatu tempat yang jauh dengan berpegang pada kalimah Lailahaillallah. Dia juga harus berjuang membesarkan anak-anaknya dengan ruh jihad yang masih menebal dalam dirinya.

-------------------------------------------------

Triit tit...Triit tit...

"Ya assalamu'alaikum. Siapa di sana?" tanya Fira saat menjawab panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenalinya.

Senyap.

"Wa'alaikumussalam sayang..." jawab pemanggil sebelah sana secara tiba-tiba. Terdengar ketawa kecil di telinganya yang sedang memegang telefon itu.

"............" airmata serta merta mengalir deras saat mendengar suara kerinduan yang ditunggu-tunggu selama ini menyapa di telinga.

"Sayang...? Dah tak kenal dengan abang ke? Sayang ok ke tak ni? " tanya pemanggil sebelah sana pula.

"Subhanallah...Maha suci Allah yang Maha Mengetahui segala apa yang berada dalam hati hambaNya...Alhamdulillah..." ucap Fira secara spontan.

"Alhamdulillah sayang. Abang akan pulang ke tanah air dalam masa dua minggu je lagi. Rindu nak tengok wajah-wajah kesayangan abang ni..." Nawwar Haiqal mengomel sendiri. Airmatanya juga tumpah tanpa sedar.

"Ya bang, pulanglah. Fira pun tak sabar-sabar nak bertemu dengan abang. Anak-anak kita pun dah besar. Nawfal Harris suka sangat menyakat Nur Munawwarah Sakinah sekarang ni," luah Fira dengan nada teruja. Terbayang-bayang wajah kedua-dua orang anaknya itu.

"Ya insyaAllah. Abang pun rindu sangat dengan mujahid dan mujahidah kita tu...Mesti hensem dan comel macam abi diorang...hehe," Nawwar Haiqal sempat berjenaka dengan isteri yang sangat dirinduinya itu.

"Elleh, perasan la tu. Diorang tu kiut macam ummi diorang la..." Fira tidak mahu mengalah.

"Ya la...ye la...ambik la semua. Yang kiut semua ummi...yang comel pun ummi jugak...Habis, abi diorang macam mana pulak?" Nawwar Haiqal merajuk nakal.

"Ha, betul la tu...tapi, diorang tu kuat semangat dan kelakar macam abi diorang la, insyaAllah," pujuk Fira lembut.

Nawwar Haiqal tersenyum sambil menyeka airmatanya. Sebak di dada tidak dapat ditahan lagi. Dia berdoa di dalam hatinya dengan penuh rasa kehambaan...

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa isteriku serta anak-anakku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa-dosa kaum keluargaku, dan dosa-dosa sekalian muslimin muslimat seluruh dunia sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Engkau jadikanlah keturunanku itu mujahid dan mujahidah yang tidak meninggalkan solat dan tetap tegar berjuang di jalanMu yang mulia ini ya Rahman. Engkau kurniakanlah ketabahan dan kekuatan kepada mereka dan juga isteriku yang sentiasa mendokong dakwahku terhadapMu ya Rahim. Satukanlah kami di dunia hingga bertemu di syurgaMu kelak. Perkenankanlah ya Allah akan permintaan hambaMu yang lemah ini."

--------------------------------------------------

     Fira memeluk kedua-dua orang anaknya yang masih belum mengerti apa-apa yang berlaku di sekeliling mereka. Airmatanya juga telah kering. Namun matanya yang sedikit sepet tetap segar terbuka. Pipinya yang memerah dibiarkan sahaja tanpa secalit bedak pun. Mukanya kekal berseri pada hari itu. Dua minggu yang ditunggu-tunggu tiba jua. Kepulangan suami yang dirindui disambut dengan deraian airmata yang tidak putus-putus. 

Disangka panas sampai ke petang, namun rupa-rupanya hujan di tengahari.

Sabtu, 19 Mei 2012: Seorang doktor perubatan yang ditugaskan di Gaza dalam misi 'Selamatkan Ummah' tajaan Aman Palestin sejak setahun lalu, Dr. Nawwar Haiqal  Bin Abdul Hadi disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital terdekat setelah ditembak oleh sekelompok rejim Zionis di sini dua hari lepas. Beliau dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air ketika bertembung dengan sekelompok rejim Zionis yang menyekat laluan trak yang dinaiki olehnya bersama 3 orang lagi penduduk Palestin. Namun, ketiga-tiga penduduk Palestin itu terselamat daripada tembakan secara rawak itu. Jenazah beliau telah selamat disemadikan di tanah airnya, Johor, Malaysia oleh penduduk kampung beliau dengan kerjasama pasukan Aman Palestin Malaysia. Arwah telah meninggalkan seorang balu dan dua orang anak yang berusia satu dan tiga tahun . Pasukan Aman Palestin Malaysia telah menyerahkan infaq kilat buat keluarga arwah melalui isterinya, Dr. Nur Munawwarah Safira Binti Muhammad Syafiq di kediaman mereka di Skudai, Johor. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Yang Maha Esa dan amalnya dihitung sebagai pahala syahid, ameen.


Sumber : Aman Palestin News


"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya." 
(Surah Al-A'raf: ayat 34)

      Lama Fira memandang wajah suami kesayangan yang terbujur kaku di hadapannya dengan sebuah senyuman yang tidak pernah dilupakan selama ini. Hati terasa sayu. Nawfal Harris dan Nur Munawwarah Sakinah yang berada dalam dukungan datuk dan neneknya juga dipandang silih berganti. Fira menerima ketentuan Allah buat dirinya yang benar-benar ditinggal pergi suaminya di dunia ini buat selama-lamanya. Namun dia terus berdoa agar dirinya dapat menjadi bidadari buat suaminya di syurgaNya yang kekal abadi kelak.

----------------------------------------------------------

"Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka hidup, di sisi TuhanNya mendapat rezeki."
[Surah Ali-Imran ; 3 : 169]

------------------------------------------------------------

Monday, May 14, 2012

Puteriku Sayang


Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica feat Munif
http://liriknasyid.com



Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji yang mengabdikan diri

Malu mu makhota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Wednesday, May 9, 2012

Dialog Masa Depan

Bismillah

--------------------


"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..."



[Surah An-Nur ; 24 : 26]


----------------------

Prolog

Suri : Bukan ape kak, saya cuma rase terkejut dengan apa yang dia cerita kat saya. Berterus-terang tapi memalukan...

Saya : Suri, ape sebenarnya yang dia cerita kat Suri?

Suri : Ish, malu la pulak nak cerita...

Saya : Pulak???

--------------------

Ini adalah dialog antara saya dan seorang gadis genit dimana dia telah meluahkan perasaannya kepada saya pada suatu hari. Saya dan Suri (bukan nama sebenar) telah berkenalan beberapa tahun yang lalu dan hari ini saya dipertemukan semula dengannya tanpa dirancang, alhamdulillah. Ikuti sebahagian daripada dialog antara saya dan Suri.

---------------------

Flashback scene

Suri : Saya kenal dia tak lame pun kak. Erm...mase saya tahun 2 sem 1 kak. 

Saya : Sekarang ni Suri tahun berapa?

Suri : Tahun 3 sem 2, kak.

Saya : Oooo...dah nak habis belajar la ni kan? So ape yang terjadi saat pertemuan pertama kali Suri dengan dia?

Suri : Eh, saya ada setahun lagi kak kat sini, kursus 4 tahun. Erm, saya kenal dia, tapi dia tak kenal saya. Maklumlah, dia glamer kak...Saya ni biase-biase je. Kebetulan pulak, sem lepas adalah kali kedua kami ambik paper yang same. Dalam kelas saya memang suke dok depan, dia dok belakang kot sebab tak nampak pun mane-mane lelaki depan saya. Saya kenal dia pun gitu-gitu je kak.

Saya : Habis tu, camne boleh terlebih 'kenal' pulak?

Suri : Tah la kak. Mase sem lepas tu saya ada join satu event ni. Dia pun join sekali. Akak tau la kan, saya ni bukannya rapat dengan mane-mane lelaki walaupun kawan sekelas. Tapi, event tu telah 'menyatukan' kami. Ade task yang perlu untuk kami bekerjasama. Mesti la dia dapat nombor phone saya untuk urusan tersebut.

Saya : Pastu...???

Suri : Jap, mengah nak cite...hehe (^_^). Pastu, dia ade la SMS saya. Sebabnya, lecturer saya tu selalu usik saya dengan menyebut tempat kelahiran saya setiap kali masuk kelas...Siap menyanyi lagi rentak lagu Allahyarham Sudirman...Camni, "Kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu...". So, mule-mule tu dia SMS tanye saya, betul ke saya ni orang Kuala Kubu? 

Saya : Suri jawab ape?

Suri : Saya cakap la saya memang asal sane, tapi Kuala Kubu Bharu la...hoho~

Saya : After that...???

Suri : After that, dia selalu SMS saya la kak. Yang saya ni pulak pergi layan SMS dia sebab saya ingat nak anggap je la sebagai kawan-kawan.

Saya : Suri layan SMS dia? Setiap hari???

Suri : Tu la yang masalahnye kak. Memang hari-hari pun kak...Lame-lame saya dah terbiase SMS dengan dia. Kalau tak terima SMS dia sehari, rase tak best je hidup ni...Astaghfirullah...

Saya : Ish...dah parah ni Suri...

Suri : Saya tau kak. Berdosa kan? SMS dengan lelaki yang bukan mahram tanpa tujuan yang pasti. Sedangkan pasangan yang dah menikah pun tak SMS camtu...

Saya : Ha, tau takpe...

Suri : Hehe...tapi nak buat camne kak? Walaupun saya tau itu adalah dosa, malah selalu je saya rasa bersalah, tapi saya tetap SMS dia sebab...sebab...

Saya : Sebab ape Suri...?

Suri : Rindu...(tunduk malu)

Saya : Erm...biase la rindu-merindu tu Suri...Fitrah insani...kan?

Suri : Eh, biase ke kak? Takpe eh?

Saya : "Rindu itu adalah anugerah dari Allah, insan yang berhati nurani punyai rasa rindu..." (nada lagu nasyid dendangan Hijjaz). Tapi, rindu kepada yang halal la dik...Rindu kat mak, ayah, adik-beradik, suami/isteri...kawan-kawan...

Suri : Kawan-kawan? So, boleh la kak kan? kan?? kan???

Saya : Kawan-kawan perempuan...ehem~

Suri : Errr...

Saya : Eh jap, Suri cakap ini kali kedua Suri sekelas dengan dia? Yang pertama tu bila pulak? Tak jadi ape-ape ke?

Suri : Oh yang tu...Ade kak, mase saya tahun 2 sem 1 tu la kak. Dia cakap dah lame dia nak kenal-kenal dengan saya, tapi dia malu...Erm...

Saya : Malu??? So, tak jadi ape-ape la kan?

Suri : Ye kak. Tapi, itu la titik tolak dia nak berkenalan dengan saya dengan lebih lanjut.

-----------------------------

Hampir setahun lamanya Suri 'menyulam kasih' dengan si dia yang diperkatakan begitu romantis. Malah mereka pernah keluar bersama-sama tanpa pengetahuan sesiapa (sebab glamernya lelaki tersebut-->takut orang lain nampak). Namun mereka terlupa bahawa Allah itu Maha Melihat. Tak declare ape-ape pun. Mungkin ia satu helah si empunya diri? Atau ada agenda yang tersembunyi?

------------------------------

Saya : So, apa yang dah jadi sekarang? Hubungan kamu berdua dah jadi ape?

Suri : Tak jadi ape-ape kak. Saya dah 'putus'kan hubungan dengan dia secara total!

Saya : Aik? Ape dah jadi?

SuriBukan ape kak, saya cuma rase terkejut dengan apa yang dia cerita kat saya. Berterus-terang tapi memalukan...

Saya : Suri, ape sebenarnya yang dia cerita kat Suri?

Suri : Ish, malu la pulak nak cerita...

Saya : Pulak???

Suri : Erm...kadang-kadang tu kak, kami ni ber'sayang-sayang' dalam SMS. Dalam telefon atau depan-depan belum lagi la. Dia nak cover line kot. Tapi, saya tak kisah pun hal tu. Cumanya, lame-lame dia makin berani...

Saya : Aish...seramnye cite kamu ni Suri...

Suri : Bukan saje seram kak, tapi menggelikan!

Saya : Ce citer...

Suri : (Tunduk) Dia citer kat saya yang dia rindu saya sampai termimpi-mimpi. Saya tak kisah sangat la sebab mungkin betul dia rindu kat saya sebab dah lame pun kami tak bersua muka. Tapi.......

Saya : Erm...?

Suri : Dia cakap...dia mimpi...sampai basah...(tunduk lagi)

Saya : Apekah???

Suri : Akak tak faham ke?

Saya : Erm (buat-buat tak faham)...kamu faham ke?


Suri : Mule-mule tu saya tak faham, tapi dia yang cite kat saya 'benda' ape tu...


Saya : Hoh???


Suri : Geli kan kak??? Aish~~~


Saya : Tapi Suri tak leh la salahkan dia sorang je...Erm, masalah ni datang daripada kita jugak. Lelaki ni ada macam-macam...ada yang cepat je terbayang-bayang perempuan yang dia kenal, ada yang tidak...Kita yang paling utama kene menjaga diri...


Suri : Baik kak, saya insaf...


-------------------------

"Dan janganlah kamu menghampiri zina..."

[Surah Al-Isra' ; 17 : 32]


----------------------------

Suri : Tapi, bukan itu penyebab saya 'clash' dengan dia kak. Sebab dalam geli-geli tu pun, saya masih berhubung dengan dia...Orang kate ape kak? Bila hati dah sayang...........

Saya : Rumitnye kisah kamu ni Suri...Panjangnya urusan kamu dengan Allah after this~

Suri : Astaghfirullahal'azim...(tunduk)

Saya : Ok sambung...so, ape sebabnye?

Suri : Saya pun faham agama sebagaimana yang akak faham...Saya juga faham apa itu tarbiyah islam kak...Namun, saya juga manusia biase yang kadang-kadang tewas dengan nafsu yang membujuk diri. Saya bersyukur kepada Allah kerana nampaknya masih ada sekelumit iman yang masih berbaki dalam jiwa saya. Dalam keseronokan saya melayani bujukan kasih sayang insan yang bukan mahram dengan saya itu, Dia meniupkan satu rasa berdosa yang teramat sangat dalam jiwa saya. Saya cuba muhasabah diri saya semula. Benarkah kasih sayang insan ini yang saya dambakan selama ini? Adakah ia kasih sayang sejati yang akan kekal dan diredhaiNya? (menangis)

Saya : Sabar ye Suri...Bagus la kalau Suri dah sedar...alhamdulillah. Jangan sedih-sedih eh...(tak reti nak pujuk)


Suri : Kak, itu bukan rintihan taubat saya yang pertama kali. Saya pernah menyesali perbuatan saya itu, namun saya mungkirinya...Saya mohon ampun daripadaNya, namun saya kembali semula ke jalan kehinaan itu...Betapa lemahnya jiwa saya ni kak...(menangis lagi)

Saya : Suri sayang...Allah itu kan Maha Penerima Taubat, kan? Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang...Kerana sayangkan Suri lah maka Dia masih meng'hidup'kan hati Suri untuk kembali ke pangkal jalan...

Suri : Tapi, berdosakah saya menyayangi lelaki itu kak? Dia pun orang yang baik, cuma mungkin dia pun same dengan saya...terlanjur menyayangi...

Saya : Tidak berdosa sama sekali jika kamu berdua adalah pasangan suami isteri (^_^)

Suri : ........(hilang kata-kata)

Saya : Suri, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, begitu juga sebaliknya. Itu janji Allah yang tertera dalam Al-Quran. Akak bukan cakap yang dia tu tak baik atau jahat, tapi jika Suri inginkan lelaki yang baik sebagai pendamping hidup Suri di dunia hingga akhirat kelak, maka belajarlah untuk menjadi seorang perempuan yang baik sebagaimana keinginan kita itu. Jaga pergaulan dan akhlak kita dengan sesiapa sahaja terutamanya di hadapan lelaki ajnabi. Sampai suatu masa yang ditetapkan, maka pasti Allah menghadiahkan seorang insan yang berpadanan dengan darjat kesolehan kita melalui ikatan suci pernikahan. Dia pun sama la. Yakinlah dengan janji Allah wahai adikku sayang...

Suri : Tapi kak, sampai saat ini belum ada yang berpadanan dengan saya ke? Saya masih sayangkan dia kak...huuuu~

Saya : Suri...Suri...(ketawa kecil). Jika belum ada pun tak mengapa. Teruskan berdoa dan beramal soleh. Jaga amal ibadah dengan baik. Jaga hubungan dengan Allah dan juga makhluknya dengan baik. Kalau betul dia, alhamdulillah. Tapi, kalau bukan dia pun, pastinya seseorang yang bersesuaian dengan Suri sedang menunggu Suri saat iman Suri adalah yang terbaik, insyaAllah. Jika bukan di dunia, pasti di akhirat kelak. Be positive my dear dan bersangka baiklah denganNya. Kita doa sama-sama ya...


Suri : Akak...bile difikirkan kembali, saya terase bodoh la kak. Erm, kenapa saya boleh cepat cair dengan kata-kata manis seorang lelaki yang saya baru kenal...Sedangkan selame ni saya sangat menjaga diri saya daripada perkara-perkara sebegitu. Saya juga ade menasihatkan kawan-kawan saya agar menjauhi zina seperti dalam Surah Al-Isra' ayat yang ke-32. Malu rasenye dengan Allah...


Saya : Suri...Kadang-kadang tu Dia bagi kite rase dulu sesuatu itu supaya kite lebih terkesan dengan peringatanNya itu. Dia nak kite selalu menangis dan memohon ampun kepadaNya. Sebabnya, Dia sangat rindu dengan tangisan taubat para  hambaNya. Tapi, itu bukanlah bermakna kite kena try semua jenis maksiat dulu sebelum bertaubat...Itu analogi sahaja...huhu~


Suri : Ye la kak, saya faham ape yang akak maksudkan. So, sekarang ni saya nak simpan hati suci saya yang tinggal sedikit ni untuk orang yang halal bersame saya kelak. Sebelum tu saya nak bersihkan hati saya ni dengan cinta Allah.


Saya : Alhamdulillah...Camni la adik akak. Kuat semangat. Positif dengan ujian Allah.

Suri : InsyaAllah kak. Saya cuba perbaiki kelemahan diri saya dan mempertingkatkan amal ibadah saya hanya semata-mata kerena Allah. Terima kasih kak kerana sudi menjadi pendengar setia saya. Ha, yang akak pulak bile nak nikah? Hehe (",)

Saya : Sama-sama...InsyaAllah dik...Satu hari nanti ia pasti hadir jua...Doakan (^_~)

-------------------------------

"Sesungguhnya, orang-orang yang mencari (keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami dan Dia beserta orang-orang yang berbuat baik."

[Surah Al-'Ankabut ; 29 : 69]

---------------------

[Akan tiba jua saatnya nanti...InsyaAllah]


Thursday, May 3, 2012

Selangkahku menujuNya...ALLAH~

Bismillahirrohmanirrohim

Syukran to somebody that always loves me (^_~)


Dengan namaMu ya Allah aku hidup dan aku mati. Segala puji hanya bagiMu, Tuhan sekalian alam yang menciptakan akan apa yang ada di dunia ini dari sekecil-kecil ciptaan sehingga sebesar-besar ciptaan...SUBHANALLAH. Dengan kuasaMu yang Maha Hebat, Engkau telah berkenan memilihku sebagai salah seorang khalifah di  muka bumiMu yang penuh kenikmatan ini, ALHAMDULILLAH.

Terima kasih wahai Tuhan yang Maha Penyayang kerana tetap memilihku untuk lahir dari rahim seorang insan mulia dalam hidupku, ibundaku Jamaliah Binti Mohd Noor atas izinMu untuk bersama ayahandaku, Allahyarham Ab. Wahab Bin Hj. Md. Tasir yang kini hampir 2 tahun telah pergi menemuiMu yang Maha Hidup, ALLAHUAKBAR.

Aku redha ya Allah dengan segala ketentuanMu. Sesungguhnya tiadalah Engkau menetapkan sesuatu buatku melainkan ia adalah yang terbaik buat diriku yang serba lemah ini.

Maafkan aku wahai saudara dan teman jika aku selalu menyusahkanmu serta melukakan hatimu. Terima kasih kerana menyayangiku dan menerimaku seadanya. Aku mencintaimu selagi kamu mencintaiNya, biiznillah.

Muhasabah diri. Pertambahan umurku bermakna selangkah lagi aku menujuNya...dengan erti kata lain, menghampiri kematian yang padanya terdapat peringatan penting buat hambaNya yang masih hidup. Moga Engkau menerima amalku yang sedikit ini buat bekalan di akhirat kelak ya Allah, ameen.


"Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, matiku dan hidupku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam...'

[Surah Al-An'am ; 6 : 162]

MASITAH BINTI AB. WAHAB
3 MEI 2012