Abah, Kakcik rindu sangat dengan abah. Ini Ramadhan kedua Kakcik tanpa abah. Sekejap je masaberlalu. Rasanya macam baru semalam Kakcik telefon abah dan mak untuk ucap “Selamat Menyambut Ramadhan”…
Kakcik ingat lagi time kita masih duduk di Kuala Kangsar, Kakcik selalu ikut abah ke surau untuk solat terawih dengan motor buruk abah tu. Walaupun buruk tapi amat bermakna dan sangat banyak berbakti untuk keluarga kita. Mak tak nak ikut pergi surau sebab katanya tak tahan air sembahyang lama-lama, nanti susah pulak nak ambil air sembahyang selalu. ”Renyah la!” mak cakap. Kakcik ketawa je bila mak cakap camtu, abah pun sama…
Kadang-kadang abah jadi imam solat terawih. Merdu je suara abah. Kakcik ingat lagi suara serak-serak basah abah tatkala membaca kalimah Allah dalam solat. Rindu rasanya nak dengar lagi suara abah…Semua makcik-makcik kat surau tu kenal Kakcik sebab Kakcik anak imam kat surau tu. Glamer rasanya jadi anak abah, hehe…Abah ingat kan semua tu?
Selalunya kita antara orang terawal yang datang surau time Ramadhan. Abah cakap kalau kita datang awal kita dapat pahala lebih. Kakcik pun semangat datang awal dan selalu tolong bentang kain putih yang panjang untuk dijadikan sejadah di sebelah tempat perempuan solat. Lepas tu Kakcik duduk hujung sekali…Kakcik diam je sebelum dan selepas solat tu sebab tak reti nak bersembang dengan makcik-makcik. Malu pun ada sebab Kakcik takde kawan yang teman solat terawih sama-sama. Tapi kadang-kadang kalau dapat pergi surau dengan Nyah atau dengan Adik, mesti kecoh. Mulut Kakcik ni tak boleh nak berhenti sembang dan gelak-gelak. Abah pun marah Kakcik sebab selalu bising-bising. Time nak pergi terawih dengan berjalan kaki memang takut sikit sebab kena lalu depan rumah kedai Uncle Ah Sang. Bukannya ape, sebab kat rumah dia ada anjing yang suka menyalak. Kalau lalu je depan rumah dia mesti kitorang lari dengan pakai telekung tu la. Siap bace surah ‘Al-Lahab’ sebab tak nak bagi anjing tu kejar…padahal anjing tu dalam rumah, bukan keluar pun. Takut punye pasal jadi camtu, haha…Rasa kelakar pulak bila teringat masa tu…
Apa yang best time tu adalah bila dah habis solat terawih mesti ada moreh. Yang ni paling best sebab selalu dapat makan sedap-sedap lepas solat terawih. Makcik-makcik semua jamu Kakcik makan sambil tanya-tanya khabar emak dan abah…Selalu jugak la Kakcik jumpa Tok Li dan Pah Senah. Dah tua-tua pun diorang kuat lagi datang surau dengan menunggang basikal tua tu. Kakcik kagum dengan semangat diorang untuk menambah amal ibadah di bulan Ramadhan ni. Kakcik ni je yang datang terawih sebab nak makan moreh, hehe…
Bila Kakcik dah besar dan masuk universiti beberapa tahun lepas, mesti habiskan puasa Ramadhan di universiti je. Dah akhir Ramadhan baru dapat cuti dan balik Perak. Tapi Kakcik tetap rindu nak terawih di surau yang dulu tu, rindu nak dengar suara abah jadi imam solat terawih macam dulu-dulu…Tapi, bila kita dah pindah, abah tetap jadi imam di surau perumahan baru kita. Sedih apabila memikirkan takde budak muda yang nak berkunjung ke surau dan menggantikan imam-imam yang telah tua. Tapi abah tak kisah sebab abah masih bersemangat untuk menjadi imam solat walaupun suara abah dah tak berapa nak keluar.
Tahun lepas, abah pergi mengadap Ilahi sebelum sempat kita menyambut Ramadhan bersama. Sedih rasa hati kerana Aidilfitri juga sepi tanpa abah…Tahun ni sekali lagi kami menyambut Ramadhan tanpa abah. 29 Julai 2011 yang lepas, genap 1 tahun 2 bulan pemergian abah. Mak pasti menjadi orang yang paling sedih sekali sebab dah 31 tahun mak hidup bersama abah. Macam-macam perkara yang diharungi bersama, suka-duka semuanya bersama-sama…dan Ramadhan kali ini menjadi saksi bahawa kasih-sayang kami tidak pernah pudar buat abah. Doa pasti kami panjatkan kepada Allah buat abah yang tersayang. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa abah dan dosa-dosa kami yang masih hidup ini. Moga abah selamat di alam sana.
![]() |
| [Kasih yang tidak pernah padam] |
Ok lah abah, Kakcik stop kat sini dulu la abah ye sebab Kakcik pun dah mengantuk. Tadi sempat pergi ke Masjid USM dengan kawan-kawan serumah untuk bertadarus di sana. Hari ni Kakcik masak di rumah je untuk berbuka puase dengan kawan-kawan. Alhamdulillah, hari ni, dah masuk 12 Ogos, malam 12 Ramadhan tahun 1432 Hijrah. Maknanya dah 11 hari kami berpuasa. Tinggal 3 minggu lagi je nak pulun pahala banyak-banyak dalam bulan ni. Bersyukur pada Allah Ta’ala sebab Dia masih bagi peluang untuk Kakcik sampai ke bulan Ramadhan yang mulia ini. Abah selalu pesan, “Rebutlah pahala Ramadhan yang tak terhitung banyaknya dengan memaksimumkan segala amal ibadah kita. Moga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang bertaqwa”. Betul cakap abah, bukan semua orang diberi kesempatan untuk hidup sampai ke bulan Ramadhan. Maka, jika kita dapat sampai ke bulan mulia tersebut, kita patut merebut peluang yang telah Allah bagi tu. Abah jangan risau, pesanan abah itu takkan Kakcik lupa sampai bila-bila, insyaAllah.
“Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosaku dan Kau ampunilah dosa-dosa kedua orang tuaku serta Engkau kasihanilah mereka sebagaimana mereka memeliharaku sejak aku kecil. Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka, ameen ya Rabb.”
Salam sayang dari anakmu yang dah rajin berpuasa,
Masitah binti Ab. Wahab
----------------------------------------------------------
Al Fatihah buat arwah abah saya yang telah kembali ke hadrat Ilahi Rabbi...
Allahyarham Ab. Wahab Bin Md. Tasir
3 Mac 1951-29 Mei 2010


Assalamualaikum~ana menjengah~hebat MM ni~~~innalillahiwainnailaihiraajiiun~~~ ana titipkan serangkai Al Fatihah buat abah akak dan umat Islam yang lainnya~Biiznillah kat sana nanti kita akan berkumpul dengan orang kita cintai~Mereka mungkin tak dapat berbuat apa2~tapi kita masih mampu memilih tempat untuk berjumpa~may be blessed~
ReplyDeleteWa'alaikumussalam...jazakillah atas doanya. apakah MM tu ukhti?
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDelete:') sayu hati bila baca entri ukhti.. Ameen.. insyaAllah,sebenarnya mereka yang pergi tidak sesekali 'mati' tetapi sentiasa hidup di dalam ingatan kita.. limpahkanlah pahala pada arwah abah ukt.. pegang ketat2!! pegang erat!! pegang kemas2 segala nasihatnya..insyaAllah beliau senang di sana .. :') terima kasih kerana entri ini..begitu meninggalkan kesan yang mendalam buat ana.. jzk
Wa'alaikumussalam...jazakallah atas doa n nasihatnya...
ReplyDelete