Fira mengusap-usap perutnya sambil bersenandung kecil...
"Satu satu...sayang pada Allah...
Dua dua...sayang Rasululullah...
Tiga tiga...sayang ummi abi...
Satu dua tiga...sayang ummah ini..."
Airmata menitis ke pipinya disertai senyuman di bibirnya yang mulus. Lantas dirasakan hangat sebuah sentuhan lembut jari-jemari kekasih hatinya mengesat airmatanya yang seperti tidak mahu berhenti...Rambutnya dibelai dengan penuh manja. Serta merta kepalanya dilentokkan ke bahu kiri milik suaminya yang tercinta dan...airmatanya terus mengalir deras.
"Kenapa ni Yang?" lembut sapaan Nawwar Haiqal kepada isterinya yang sarat mengandung anak kedua mereka sedangkan anak pertama mereka, Nawfal Harris sedang tidur pulas diulit mimpi dalam buaian buatan sendiri. Tangan Fira dan Nawwar Haiqal tetap meghayun buaian kecil di sebelah kanan mereka.
Senyum.
"Nothing to say, Honey..." Fira membalas dengan rasa sebak di dada. Dipandang wajah dua orang lelaki kesayangannya itu silih berganti tanpa berkedip. Entah kenapa dengan dirinya sejak dua menjak ni. Hati terasa sebak tanpa dipinta.
"Erm...takpe la kalau tak nak bagitau. Nak merajuk la kalau camni..." mendatar suara Nawwar Haiqal sambil menarik muka empat belas (kenapa empat belas yer...hmmm???).
Fira tersenyum melihat sikap keanak-anakan suaminya sambil mencubit hidung mancung suaminya itu. Esakan kecil jelas kedengaran di telinga Nawwar Haiqal oleh wanita yang berada dalam pelukannya kini. Terharu barangkali.
------------------------------------------------
"Tangan yang disangka lembut menghayun buaian,
Menggoncang dunia mencipta sejarah..."
[Sumayyah by Hijjaz]
---------------------------------------------------
Fira memeluk tubuhnya yang kedinginan. Satu persatu memori itu mengimbas jelas dalam fikirannya. Tiada airmata lagi yang gugur setelah hari itu. Fira berusaha menjadi setabah Zainab Binti Muhammad SAW yang terpaksa meninggalkan suaminya untuk berhijrah bersama rombongan Muslimin ketika itu demi menjaga agama Islam yang dianutinya walau cintanya terhadap sang suami menggunung tinggi. Fira cuba membandingkan ketabahan dirinya dengan tokoh wanita Islam tersebut saat melepas pergi sang suami ke bumi Palestin yang tidak menjanjikan sang mujahid pulang dengan jasad bernyawa.
Nur Munawwarah Sakinah dipandang sekilas di birai katil bersama si mujahid kecil yang lincah mengacah adiknya sambil menggoyang-goyangkan tangannya. Senyum tersungging di bibirnya yang pucat. Fira tidak mampu melihat wajah kecil kedua-dua orang anaknya yang ditinggal pergi tanpa seorang ayah di sisi. Namun, dia perlu bangkit daripada kelemahan itu dengan bekalan semangat sang suami yang berjuang di suatu tempat yang jauh dengan berpegang pada kalimah Lailahaillallah. Dia juga harus berjuang membesarkan anak-anaknya dengan ruh jihad yang masih menebal dalam dirinya.
-------------------------------------------------
Triit tit...Triit tit...
"Ya assalamu'alaikum. Siapa di sana?" tanya Fira saat menjawab panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenalinya.
Senyap.
"Wa'alaikumussalam sayang..." jawab pemanggil sebelah sana secara tiba-tiba. Terdengar ketawa kecil di telinganya yang sedang memegang telefon itu.
"............" airmata serta merta mengalir deras saat mendengar suara kerinduan yang ditunggu-tunggu selama ini menyapa di telinga.
"Sayang...? Dah tak kenal dengan abang ke? Sayang ok ke tak ni? " tanya pemanggil sebelah sana pula.
"Subhanallah...Maha suci Allah yang Maha Mengetahui segala apa yang berada dalam hati hambaNya...Alhamdulillah..." ucap Fira secara spontan.
"Alhamdulillah sayang. Abang akan pulang ke tanah air dalam masa dua minggu je lagi. Rindu nak tengok wajah-wajah kesayangan abang ni..." Nawwar Haiqal mengomel sendiri. Airmatanya juga tumpah tanpa sedar.
"Ya bang, pulanglah. Fira pun tak sabar-sabar nak bertemu dengan abang. Anak-anak kita pun dah besar. Nawfal Harris suka sangat menyakat Nur Munawwarah Sakinah sekarang ni," luah Fira dengan nada teruja. Terbayang-bayang wajah kedua-dua orang anaknya itu.
"Ya insyaAllah. Abang pun rindu sangat dengan mujahid dan mujahidah kita tu...Mesti hensem dan comel macam abi diorang...hehe," Nawwar Haiqal sempat berjenaka dengan isteri yang sangat dirinduinya itu.
"Elleh, perasan la tu. Diorang tu kiut macam ummi diorang la..." Fira tidak mahu mengalah.
"Ya la...ye la...ambik la semua. Yang kiut semua ummi...yang comel pun ummi jugak...Habis, abi diorang macam mana pulak?" Nawwar Haiqal merajuk nakal.
"Ha, betul la tu...tapi, diorang tu kuat semangat dan kelakar macam abi diorang la, insyaAllah," pujuk Fira lembut.
Nawwar Haiqal tersenyum sambil menyeka airmatanya. Sebak di dada tidak dapat ditahan lagi. Dia berdoa di dalam hatinya dengan penuh rasa kehambaan...
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa isteriku serta anak-anakku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa-dosa kaum keluargaku, dan dosa-dosa sekalian muslimin muslimat seluruh dunia sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Engkau jadikanlah keturunanku itu mujahid dan mujahidah yang tidak meninggalkan solat dan tetap tegar berjuang di jalanMu yang mulia ini ya Rahman. Engkau kurniakanlah ketabahan dan kekuatan kepada mereka dan juga isteriku yang sentiasa mendokong dakwahku terhadapMu ya Rahim. Satukanlah kami di dunia hingga bertemu di syurgaMu kelak. Perkenankanlah ya Allah akan permintaan hambaMu yang lemah ini."
--------------------------------------------------
Fira memeluk kedua-dua orang anaknya yang masih belum mengerti apa-apa yang berlaku di sekeliling mereka. Airmatanya juga telah kering. Namun matanya yang sedikit sepet tetap segar terbuka. Pipinya yang memerah dibiarkan sahaja tanpa secalit bedak pun. Mukanya kekal berseri pada hari itu. Dua minggu yang ditunggu-tunggu tiba jua. Kepulangan suami yang dirindui disambut dengan deraian airmata yang tidak putus-putus.
Disangka panas sampai ke petang, namun rupa-rupanya hujan di tengahari.
Sabtu, 19 Mei 2012: Seorang doktor perubatan yang ditugaskan di Gaza dalam misi 'Selamatkan Ummah' tajaan Aman Palestin sejak setahun lalu, Dr. Nawwar Haiqal Bin Abdul Hadi disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital terdekat setelah ditembak oleh sekelompok rejim Zionis di sini dua hari lepas. Beliau dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air ketika bertembung dengan sekelompok rejim Zionis yang menyekat laluan trak yang dinaiki olehnya bersama 3 orang lagi penduduk Palestin. Namun, ketiga-tiga penduduk Palestin itu terselamat daripada tembakan secara rawak itu. Jenazah beliau telah selamat disemadikan di tanah airnya, Johor, Malaysia oleh penduduk kampung beliau dengan kerjasama pasukan Aman Palestin Malaysia. Arwah telah meninggalkan seorang balu dan dua orang anak yang berusia satu dan tiga tahun . Pasukan Aman Palestin Malaysia telah menyerahkan infaq kilat buat keluarga arwah melalui isterinya, Dr. Nur Munawwarah Safira Binti Muhammad Syafiq di kediaman mereka di Skudai, Johor. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Yang Maha Esa dan amalnya dihitung sebagai pahala syahid, ameen.Sumber : Aman Palestin News
![]() |
| "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya." (Surah Al-A'raf: ayat 34) |
----------------------------------------------------------
"Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka hidup, di sisi TuhanNya mendapat rezeki."
[Surah Ali-Imran ; 3 : 169]
------------------------------------------------------------


alfatihah... (T_T)
ReplyDelete