Photobucket

Saturday, April 14, 2012

Sekadar Tazkiyatun Nafs~

Bismillah...

Peristiwa gempa bumi yang berlaku beberapa hari yang lepas cukup menginsafkan aku. Ketakutan menghadapi 'sedikit' bencana alam tersebut benar-benar terkesan di jiwaku sehingga saat ini. Mengenangkan tindakan aku dan beberapa orang sahabatku yang rela tidur di perkarangan masjid universiti dalam keadaan hujan lebat yang menggila, kilat sabung menyabung dan angin kencang yang mengganas menyebabkan egoku turun sama sekali. Airmataku mengalir sepi. Aku kembali sedar bahawa aku hanya seorang hamba yang tidak berdaya di sisiNya. Ku kira ia satu peringatan dan teguran dari Si Dia yang empunya segala-galanya yang ada di muka bumi ini. Dia Maha Tahu hamba yang manakah telah berjaya menjalankan segala perintahNya. Dia juga Maha tahu hamba yang manakah telah berani ingkar terhadap suruhanNya, malah berani melakukan segala laranganNya tanpa rasa berdosa.



Adakah aku yang dimaksudkan sebagai hamba yang ingkar itu?

Adakah aku tidak tergolong dalam golongan orang yang menjalankan perintahNya?

Aku takut.

Aku insaf.

Dan aku perlu bersegera untuk bertaubat.

Aku harus berubah.

Walaupun mereka mungkin melarikan diri daripadaku.

Walaupun mereka mungkin membenciku.

Ahhh!!! Itu hanya sangkaanku semata-mata. Apalah gunanya dicintai segenap manusia jika aku tidak dicintai oleh Yang Maha Pencinta.

Dan aku perlu meneruskan perancanganku yang sudah sekian lama terkubur kerana banyaknya dosa.

TAZKIYATUN NAFS.


Mensucikan Jiwa.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang aku memulakan perjuangan ini...


[Maafkan aku wahai sahabat]

No comments:

Post a Comment