![]() |
Nur Iman Kami
Ini nama yang ceq guna untuk ceq punya facebook . Rasa-rasanya pasaipa agaknya ceq guna nama ni?
Nama ni sebenaqnya diambil daripada nama rumah sewa yang ceq duduk la ni bersama beberapa orang lagi sahabat-sahabat yang sangat ceq sayang. Masa mula-mula kami nak sewa rumah ni, kami pikiaq sama-sama nak buh nama apa kat rumah ni supaya senang nak sebut atau describe kat kawan-kawan yang lain. Disebabkan kami ni orang yang baik-baik (perasan ja...hehe), maka terbitlah beberapa nama yang konon-kononnya islamik dan sedap didengaq oleh sesiapa saja. Tapi akhirnya kami sepakat (membawa berkat) untuk bagi nama 'Nur Iman' (Cahaya Iman) kepada rumah ni. So, untuk meng'complete'kan lagi nama rumah ni, kami tambah 'Kami' kat hujungnya menjadi 'Nur Iman Kami' yang bermaksud 'Cahaya Iman Kami' atau lebih dikenali dengan nama 'NIK'.
Alhamdulillah, mudah-mudahan setiap orang yang masuk ke rumah kami atau sekadar menyebutnya, secara tidak langsung mendoakan kami semua agar tetap terus istiqomah dalam cahaya iman, insyaAllah.
Ringkas ja sejarah nama rumah sewa kami kan? Ha, lagi satu ceq nak cerita nih...Awai-awai dulu, kami dok berempat ja kat rumah ni (setahun setengah yang lepas)...Maka, untuk mengeratkan lagi silaturrahim kami yang memang dah erat ni (alhamdulillah), kami bagi nama samaran / panggilan untuk setiap orang cam adik-beradik...Disebabkan ceq yang paling 'muda', maka depa suma panggil ceq dengan nama 'ALONG'...haha, muda dari belakang...so, kat rumah ni ada Along, Angah, Alang dan Ateh...lepaih tu, sem lepas dah tambah jadi 5 orang. Kami bagi nama baru jugak kat dia, Atam gelarannya...
Sebelum ni (2 tahun yang lepas), saya dok dengan 2 orang kawan (kawan lama) kat rumah ni. La ni sorang dah nikah dan dapat sorang anak pun, dan sorang lagi nikah pulak dengan kembaq dia...depa pon jadi biras la ni, alhamdulillah. Depa pon sebok nak nama gelaran masuk dalam keluarga NIK, so yang sorang kami bagi gelaran 'Achik' dan yang sorang lagi 'Acu'...tak pa la, kami semua ok ja~
Sebelum terlupa, ada sorang lagi yang kami anggap warga NIK iaitu sahabat kami yang selalu bertandang ke NIK dan kami gelar dia sebagai 'ATRANS' sebab dia study kat USM Transkrian, Nibong Tebal...hehe, walaupun kelakaq abih nama dia tu, tapi semua orang suka termasuk diri dia sendiri...
Semester baru ini, bulan September 2011 ada 2 orang lagi yang akan masuk NIK...Sorang dah masuk masa cuti 4 bulan yang lalu dan kami gelar dia sebagai 'Anjang' dan yang baru masuk ni kami gelar dia sebagai 'Andak'...Dua -dua ni mek klate tau...Dan alhamdulillah, rumah kami yang sebenaqnya kosong mula-mula dulu (cuma ada meja makan serta kerusi, 1 meja study, dapur dan 1 kerusi berkusyen) kini dah ada peti ais, almari, rak-rak buku, rak-rak baju, meja study yang cantik dan best serta streamyx dan telefonnya...Semuanya kami kongsi beli bersama dengan senyum tawa gumbira (n_n)
Alhamdulillah, habis sudah cerita yang ceq nak story kat hangpa. Ceq sangat suka nama ni, maka ceq gunakan ia untuk nama ceq dalam facebook. Depa tak kisah, alhamdullillah. Apa-apa pun, kami update kisah-kisah warga NIK dan sapa-sapa yang nak pinjam buku dari mini library kami (Pustaka Iqra' NIK) melalui facebook ini...
![]() |
| [Pustaka Iqra' NIK] |
Moga kasih-sayang dan ukhuwah kami diredhai Allah dan berpanjangan hingga ke syurga, Ameen Ya Rabbal 'alamin.
ALONG SAYANG HANGPA SEMUA (^_^)
p/s Maaf, saya bukan orang Penang 'pure' sebab tu bunyi tak sedap sangat nak cakap Utara...hehe~



No comments:
Post a Comment