Assalamualaikum wbt...
Dah lama agak menyepi mempersiapkan urusan dunia yang memang takkan habis. Saya juga kekurangan idea sekarang ni...Tapi, sebagai balasan untuk sahabat-sahabat yang masih setia, saya persembahkan sebuah cerpen ringkas yang memang ringkas la...huhu. Moga ada manfaatnya =)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
KETAWA & AIRMATA
Dania tersipu-sipu malu saat melihat sahabat-sahabatnya yang lain berpakaian lengkap menutup aurat. Dia duduk bersimpuh dengan menundukkan mukanya ke lantai. Terasa ingin berlari pulang ke bilik di saat itu juga. Mana tidaknya, Dania kini berhadapan dengan empat pasang mata yang terdiri daripada sahabat-sahabatnya sendiri dengan berpakaian lengkap di dalam surau kecil blok P1, Kolej Matrikulasi Perak.
*****
Farah : Dania, jom turun surau satgi...Saje nak sembang-sembang kongsi ilmu same-same.
Dania : Surau mane? Surau blok kite ke?
Farah : Ye la, surau mane lagi cik kak oiii?
Dania : Oh ok. Satgi aku turun, nak gi toilet jap:P
Dania menutup handphonenya setelah mereply message roomatenya, Farah.
Dengan hanya membawa sehelai tuala good morningnya, Dania bergegas turun ke surau bloknya yang terletak di tepi pintu masuk blok tersebut di tingkat paling bawah. Laju. Dania hampir terlanggar pintu surau itu yang memang terbuka. Dania terus masuk tanpa memberi salam, menyangka Farah berada di situ.
Dania tercengang.
Dania menutup rambutnya yang diikat kemas dengan tuala kecilnya itu sambil duduk bersimpuh di samping Farah. Paling kurang nampak seperti memakai tudung. Farah hanya tersenyum saat melihat pipi sahabatnya itu memerah kerana menahan malu.
"Errr...saya menyibuk ke kat sini? Saya balik dulu la ye..." Dania memecah hening petang itu.
"Eh, tak la...mane ade menyibuk. Duduk la, Dania nak pergi mane?" jawab Sue sambil menarik lembut lengan kanan Dania.
Dania terpaksa akur untuk tetap duduk bersama Farah dan sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun Dania mengenali keempat-empat orang yang berada di hadapannya, namun dia berasa kekok dengan situasi yang berlaku ketika itu. Dania kenal rapat dengan Farah kerana mereka telah menjadi roomate selama satu semester di situ. Kebetulan pula mereka berada dalam satu tutor yang sama untuk semester kedua pula. Sementara Sue, Rika dan Hajar yang berada bersamanya saat itu hanya dikenalinya sebagai jiran tetangganya di blok tersebut.
"Erm...maaflah, saya tak pakai tudung. Ingatkan Farah saje ajak sembang-sembang kat surau. Dia tak bagitau pun ade tazkirah..." celah Dania di saat Hajar hendak memulakan bicara. Malu.
"Eh, memang nak sembang-sembang la ni Dania...mane ade aku cakap ade tazkirah?"jawab Farah spontan.
"Tapi aku tengok cam nak bagi tazkirah je? Siap pakai tudung semua...Ko tak bagitau aku suruh pakai tudung ke, ape ke...Aku ni main redah je la..." balas Dania, tak puas hati.
"Eh...eh...ngape gaduh-gaduh ni? Kite memang nak sembang-sembang je la. Takde pape pun..." Sue meleraikan perbalahan mulut antara Dania dan Farah.
Farah mencebik.
Dania menjulingkan matanya kepada Farah.
Sue, Rika dan Hajar sempat ketawa melihat telatah mereka berdua. Mereka masih tetap suka bergaduh di luar walaupun duduk sebilik. Kalau dalam bilik tak tau la jadi macam mana.
Kemudian, Hajar meneruskan bicaranya setelah tawa mereka reda. Tiba-tiba...............
Kemudian, Hajar meneruskan bicaranya setelah tawa mereka reda. Tiba-tiba...............
--------------------------------------------to be continue-------------------------------------------



No comments:
Post a Comment