Hilangkah diri ini sehingga ia perlu dicari?
Minggu ni sangat banyak peristiwa yang menguji diri dan hati.
*Assignments:
** FYP (Final Year Project)
** Lab report
** Fieldwork report
** Essay
** Discussion
* Programmes
* etc...etc...etc... (menunjukkan betapa banyaknya ujian menimpa)
Rasa macam tak cukup masa nak buat semua benda ni dalam masa yang tinggal sekarang...dah la final exam pun dah nak tiba...
Alahai, lemahnya jiwa...padahal orang lain pun buat semua benda yang saya buat ni, tapi diorang ok jer...Anda pun buat semua ni kan, tapi cool and steady je kan?
Hakikatnya:
* 1 hari = 24 jam
* 1 jam = 60 minit
* 1 minit = 60 saat
* 1 saat = ???
Kita semua dikurniakan tempoh masa yang sama. Siapa kata dia perlukan 48 jam untuk cukupkan 1 hari dengan alasan ada banyak masa untuk siapkan semua kerja-kerja yang ada? Larat ke nak tunggu keesokan harinya pula? Penantian itu kan satu penyeksaan...
Ada pula yang minta 12 jam je untuk 1 hari...supaya cepat sikit habis belajar, then boleh kerja, tak pun kahwin terus. Seronokkah begitu kerana kita akan jadi cepat tua...Sedangkan pengalaman terindah adalah semasa kita bersusah-payah menyiapkan tugasan dan menuntut ilmu di institusi masing-masing...Betul ke? Betul ke?
Berfikir sambil berzikir.
Tidakkah Allah telah menciptakan segala-galanya dengan aturan terindah lagi seimbang? Nikmat Tuhan yang manakah kita ragukan lagi? Semuanya kita dapat...Allah tahu apa kehendak kita. Baik yang kecil mahu pun besar. Baik yang diluah atau disimpan dalam hati (syok sendiri)...
Persoalannya di sini, apa yang kita nak?
Kadang-kadang Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak. Sebabnya, kadang-kadang apa yang kita nak tu kita tak perlu pun...Faham ke? Faham ke? Sebab nafsu kita ni tak pernah puas dengan apa yang ada. Dia main redah je...Kalau kita berkawan baik dengan nafsu sebegini, maka sebab itulah kita kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia kurniakan kepada kita.
Saya cerita tentang apa sebenarnya ni? Hmm...
Fikir jap...hehe (^_^)
---> Kita memang tak suka kena uji-uji ni...betul tak? Sebab selalunya ujian yang menimpa kita ni menyakitkan jiwa dan perasaan. Kadang-kadang badan fizikal kita pun pun ter'effect' sama. Sakit seluruhnya. Tapi kan, Allah dah 'kabo' dalam kalamnya yang indah bahawa orang-orang mukmin itu pasti akan diuji untuk Dia melihat siapakah yang bersabar dan redha akan ujian itu. Haa, ibaratnya Allah nak bagi kita naik pangkat la tu...
Firman Allah SWT dalam Al-Quran;
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?"
[Surah Al-'Ankabut; 29 : 2]
Saya bagitau ni sebab saya pun insan yang lemah. Kadang-kadang kaki tersadung akar ujian yang bisa menjatuhkan airmata bagi seorang yang 'keras' seperti saya. Saya ni jenis yang susah nak tangkap leleh skit, tapi ujian Allah itu sahaja yang mampu melembutkan hati saya yang keras...Kalau diuji sedemikian rupa, wajar je la nak menangis. Jangan malu-malu. Bagus tu, sebab menangis dapat kurangkan kesedihan dan stress tau...ini adalah fakta (mengikut pengalaman diri sendiri...). Anda pula bagaimana? (Cewah, cam rancangan TV pulak...huhu).
Firman Allah lagi;
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, BAHKAN LEBIH KERAS. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana TAKUT KEPADA ALLAH. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[Surah Al-Baqarah; 2 : 74]
Kesimpulannya kawan-kawan, apa-apa pun yang berlaku kepada kita sama ada musibah, ujian, dugaan, atau mendapat nikmat, maka KEMBALILAH KEPADA ALLAH yang Maha Hebat. Carilah diri yang hilang dalam ketaatan kepadaNya. Bersyukurlah Dia memilih kita untuk diuji, menandakan masih ada IMAN YANG BERBAKI dalam diri kita untuk digilap semula daripada debu-debu dosa.
Last but not least:
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhya bersama kesulitan ada kemudahan."
[Surah Al-Insyirah; 94 : 5-6]
* Saya tidak menulis sebagai orang hebat yang patut dicontohi kerana saya juga insan kerdil seperti anda dan banyak melakukan khilaf sepanjang hidup ini, tapi saya mahu kongsi dengan anda, bahawa ujian itu manis jika kita memandangnya dari sudut yang positif. Wallahua'lam.
* Saya mohon maaf kepada sesiapa yang pernah saya lukai dan sakiti hati dan jiwanya. Sesungguhnya saya hanyalah insan hina yang lupa dan alpa. Bantulah saya ke arah yang lebih baik. Dan doa anda amat saya perlukan. Syukran.




No comments:
Post a Comment