Bismillahirrohmanirrohim
Tidak mahu skema, hari ni saya nak berkongsi satu
pengalaman menarik bersama pelajar-pelajar tahun 3, jurusan akuatik, dari
Universiti Prince of Songkla, Thailand (PSU).
Beberapa minggu yang lalu, saya dan rakan-rakan ‘Lab
Zoology’ telah mengikuti satu lawatan sambil belajar (skema la pulak…huhu)
ke sebuah perkampungan nelayan, Kg. Tepi
Sungai, Kedah bersama pelajar-pelajar PSU tersebut. Tugas kami memang ‘mudah’
kerana kami hanya perlu menterjemahkan maklumat yang disampaikan sepanjang
fieldtrip tersebut kepada mereka yang mostly tak reti berbahasa
inggeris…So, setiap daripada kami di’pair’kan dengan seorang pelajar PSU
untuk tujuan tersebut. Ha, cube kome bayangkan ape yang bakal
terjadi…jeng…jeng…jeng…..
Di pagi yang indah, hari ahad itu, saya telah tiba di
depan foyer School Bio (Pusat Pengajian Sains Kajihayat) dengan me’remp-it’
motorsikal Modenas GT 128 saya yang berkaler oren (cewah) tepat jam 8 pagi.
Jangkaan saya yang mengatakan saya adalah orang terakhir yang sampai di situ
meleset apabila melihat ada beberapa orang lagi yang sampai lebih lewat
daripada saya. Kami menanti bas yang akan membawa kami ke Kedah di depan foyer
tersebut dengan sabarnya.
Perut mula berkeroncong minta diisi kerana rasanya
saya memang tak sempat menjamah walau sekeping roti pun untuk bersarapan pagi
itu. Kaki mula terasa sakit kerana tragedi tak diduga telah berlaku pada hari
yang sama. Apatah pula housemate kesayangan semuanya tiada di rumah
kerana terlibat dengan program lain yang jauh dari saya. Emm…dipendekkan
cerita, saya telah ‘main ski’ dengan jayanya pada pagi itu kerana terlewat
bangun. ‘Larian marathon’ yang mencemaskan telah menyebabkan saya tergelincir
di depan bilik air yang digenangi air yang entah datang dari mana (rasanya
sebab saya basuh kain semalam). Akibatnya, saya menjadi seperti orang tua yang
keletihan sepanjang fieldtrip tersebut. Sabo je la~
Berbalik kepada kisah tadi, saya telah memilih untuk
duduk di sebelah salah seorang pelajar perempuan PSU yang bernama Kwang dalam
bas yang akan membawa kami ke Kedah (sebab tempat tu je yang kosong). Agak
kekok dan mengejutkan, sebab persoalan saya yang pertama juga tidak dapat
difahami oleh Kwang. Rasanya saya tidak berbahasa Melayu time tu sebab
saya tahu dia tidak akan faham bahasa ibunda kita. Nok kecek klate pun time
tu rasenye dia dok pehe (haha, konon la kecek klate)…Berfikir dan terus
berfikir kaedah komunikasi yang tepat untuk kebaikan kami bersama, akhirnya dia
telah memulakan bicara dengan menulis sesuatu di dalam buku catatannya untuk
tatapan saya. Mengeja namanya ‘Kwang’ dan dia menunjuk ke arah saya (maknanya
dia tanya nama saya la tu), saya pun memperkenalkan diri dengan nama ‘Mas’
(bukan MAS=Malaysia Airlines ek…). Wah, idea yang bijak untuk mengasah bakat
penulisan dan kesenian saya yang dah lama terkubur.
Lukisan dan tulisan saya berjaya memahamkannya akan
apa yang ingin saya sampaikan. Lucu. Kadang-kadang kami masing-masing terdiam
untuk mengatur bicara yang panjang dalam sesi perkenalan tersebut. Saya kira ia
sangat menarik sebab ia adalah pengalaman pertama saya berkomunikasi ala-ala
zaman Paleolitik (macam la pernah hidup pada zaman tu…).
Perjalanan yang panjang tidak terasa sama sekali kerana
dipenuhi gelak tawa kami yang cuba memahami bahasa ibunda masing-masing.
Ditanya-tanya kepada rakan-rakan USM, ternyata mereka juga mengalami masalah
yang sama namun semuanya masih bersemangat untuk cuba memahami ‘rakan’
masing-masing walaupun dah macam ayam dan itik bersembang di petang hari.
Masalah makin ketara saat saya cuba menterjemahkan
maklumat daripada pakcik nelayan yang dikenali sebagai Paklong di kampung
tersebut kepada Kwang. Bermacam-macam cara yang saya gunakan untuk memahamkan
dia tentang apa yang diperkatakan oleh Paklong termasuklah melukis kapal, ikan,
rumah dan yang sewaktu dengannya serta berlakon dan mengajuk-ajuk gaya yang
sepatutnya. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dia memahami apa yang cuba saya
sampaikan kepadanya walaupun sangat kelakar jika diingat-ingat semula. Syabas
juga kepada Kwang kerana berjaya
memahami bahasa isyarat saya yang ntah hape-hape ni…
Kami telah ke ‘Pasar Bisik’ untuk melihat pembeli
membisikkan harga yang ditawarkan kepada penjual hasil tangkapan yang
dicanangkan kepada orang ramai. Sangat menarik kerana hanya penjual tersebut
sahaja yang tahu akan harga yang ditawarkan kepadanya. Namun, saya tidak pasti
adakah penjual tersebut menjual hasil tangkapannya berdasarkan tawaran harga
yang paling tinggi atau mungkin juga kerana ikatan persahabatan atau rasa
kasihan terhadap pembeli. Hanya Allah yang tahu akan perkara itu (selain
penjual dan pembeli tersebut) akan apa yang dibisikkannya. Secara kasarnya,
begitulah kaedah tradisional penjualan hasil tangkapan di kampung tersebut
berlaku pada setiap hari. Saya kagum. Namun, bagaimana saya menerangkan perkara
ini kepada Kwang? Hahaha, saya suruh dia tengok dan faham sendiri akan apa yang
berlaku selain membekalkan sedikit maklumat untuk kefahamannya.
Nak dipendekkan lagi cerita yang panjang ni, saya
telah belajar beberapa patah perkataan Thai daripada Kwang dan rakan-rakannya
dan begitu juga sebaliknya (mereka belajar perkataan dalam BM). Tak perlulah
saya cerita apakah perkataan itu kerana sangat susah nak taip kat sini (alasan
je tu…hehe). Saya belajar banyak perkara baru daripada mereka walaupun masa
untuk kami bersama hanya seketika cuma. Sekurang-kurangnya, sehingga ke akhir
pertemuan kami berjaya menjadi ayam dan itik yang memahami antara satu sama
lain (cewah skali lagi…) dalam masa yang singkat. Mereka juga hebat seperti
kita, cuma faktor bahasa sahaja yang membezakannya.
Pada malam itu pula, kami mengadakan ‘candle light
dinner’ sebagai tanda persahabatan antara USM dan PSU. Masing-masing
menampilkan persembahan yang cantik, menarik dan tertarik pada malam itu.
Sporting. Hebat. Glamour. Itu je kot yang boleh saya simpulkan berkenaan dengan
dinner tersebut.
Bak kata Prof Zul, “Pengalaman ini akan kamu kenang
sampai kamu tua dan kamu pasti akan merinduinya. Kamu pernah berada pada hari
ini, bersama-sama mereka dan kamu telah buat yang terbaik pada masa ini. Clap
your hand….”. Ayatnya lebih kurang macam ni la. Saya suka ayat ni walaupun
saya hanya menjadi orang ‘di sebalik tabir’ sepanjang dinner tersebut.
![]() |
| [Wajah ceria pelajar-pelajar Prince of Songkla University, Thailand di hadapan USM Penang] |
Persahabatan antara pelajar-pelajar USM dan PSU tidak
berhenti di situ sahaja kerana ada yang dah terpikat dengan minah atau mat Thai
yang ayu dan comel, dan seterusnya menjalin ‘hubungan’ dalam facebook
pula. Maksud saya, persahabatan yang baik, bukannya bunga-bunga cinta. Saya
sendiri masih berhubungan dengan Kwang dan rakan-rakan dari PSU sehingga
sekarang walaupun berlainan agama (kebanyakan mereka beragama Buddha).
Ha, seronok tak cerita saya? Namun keseronokan dan
perasaan itu lebih dirasai oleh kami yang menyertainya. Setiap daripada kami
perlu mengambil iktibar daripada fieldtrip tersebut dan mengelakkan
perkara-perkara yang negatif (jika ada) di lain masa…Fikir-fikirkan dan
renung-renungkan…Tepuk dada, tanya iman…Wallahua’lam.
p/s Tq
kepada yang mencadangkan kisah ini untuk dikongsi bersama (^_^)


No comments:
Post a Comment