Syukran to somebody that always loves me (^_~)
Dengan namaMu ya Allah aku hidup dan aku mati. Segala puji hanya bagiMu, Tuhan sekalian alam yang menciptakan akan apa yang ada di dunia ini dari sekecil-kecil ciptaan sehingga sebesar-besar ciptaan...SUBHANALLAH. Dengan kuasaMu yang Maha Hebat, Engkau telah berkenan memilihku sebagai salah seorang khalifah di muka bumiMu yang penuh kenikmatan ini, ALHAMDULILLAH.
Terima kasih wahai Tuhan yang Maha Penyayang kerana tetap memilihku untuk lahir dari rahim seorang insan mulia dalam hidupku, ibundaku Jamaliah Binti Mohd Noor atas izinMu untuk bersama ayahandaku, Allahyarham Ab. Wahab Bin Hj. Md. Tasir yang kini hampir 2 tahun telah pergi menemuiMu yang Maha Hidup, ALLAHUAKBAR.
Aku redha ya Allah dengan segala ketentuanMu. Sesungguhnya tiadalah Engkau menetapkan sesuatu buatku melainkan ia adalah yang terbaik buat diriku yang serba lemah ini.
Maafkan aku wahai saudara dan teman jika aku selalu menyusahkanmu serta melukakan hatimu. Terima kasih kerana menyayangiku dan menerimaku seadanya. Aku mencintaimu selagi kamu mencintaiNya, biiznillah.
Muhasabah diri. Pertambahan umurku bermakna selangkah lagi aku menujuNya...dengan erti kata lain, menghampiri kematian yang padanya terdapat peringatan penting buat hambaNya yang masih hidup. Moga Engkau menerima amalku yang sedikit ini buat bekalan di akhirat kelak ya Allah, ameen.
"Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, matiku dan hidupku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam...'
[Surah Al-An'am ; 6 : 162]
MASITAH BINTI AB. WAHAB
3 MEI 2012
|
No comments:
Post a Comment