Dia...SUHAILA~
Barakallahufikum buat adikku, Ukht Nor Suhaila dan bakal zaujnya, Akh Fakhrullah Mawardi yang akan melangsungkan pernikahan pada 2 Jun 2012 akan datang di Tronoh, Perak.
Barakallahufikum buat adikku, Ukht Nor Suhaila dan bakal zaujnya, Akh Fakhrullah Mawardi yang akan melangsungkan pernikahan pada 2 Jun 2012 akan datang di Tronoh, Perak.
Ini adik saya yang tersayang...Pertemuan buat pertama kali tanpa dirancang di UiTM Arau pada 6 tahun yang lalu membuahkan kasih sayang yang tidak berpenghujung, alhamdulillah. Moga Dia tetap memelihara ukhuwah dan kasih sayang kami ini.
Em, sudah hampir 3 tahun saya tidak bersua muka dengan Su. Dulu kami duduk berjiran di kolej dalam UiTM. Then, kami menjadi housemate yang diberi nama IKA (Istana Kasih Akhwat). Pejam celik pejam celik, akhirnya saya mendapat berita yang sangat mengujakan pada suatu hari. Saya terpana. Namun, saya bahagia. Adik kesayangan saya itu akan menikah tak lama lagi.
Dia...ATIELIA~
Dia...ATIELIA~
Barakallahulakuma wa baroka 'alai kuma wajama'abainakuma fi khair buat adikku yang lagi satu, Ukht Nurul Atielia dan bakal zaujnya, Akh Wan Mohd Saiful yang bakal melangsungkan pernikahan mereka hujung minggu ini iaitu pada 4 Mei 2012 di Temerloh, Pahang.
Dia juga adik kesayangan saya...Allah jualah yang mempertemukan kami dan memperpanjang ukhuwah kami, alhamdulillah. Dulu, semasa saya menjadi salah seorang pelajar di UiTM Arau dalam jurusan Diploma Sains saya pernah berkata kepadanya...
"...Sama ada Kak Mas akan jadi junior Kiki di UUM atau junior Lia di USM nanti. Kita tunggu result UPU dan USM dulu..." Kata saya pada 3 tahun yang lalu semasa menjalani sebuah perkhemahan di Teluk Bahang, Pulau Pinang bersama mereka.
Ketika itu saya memilih jurusan Perniagaan Tani, UUM melalui UPU dan juga Biologi Gunaan, USM sebagai pilihan pertama untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Dan, akhirnya Allah menetapkan saya untuk meneruskan pengajian di USM bersama Lia. Kini, saya memanggil Lia dengan gelaran Angah dan saya sendiri adalah Along. Kami menetap di rumah sewa bersama-sama lagi 5 orang ahli dengan nama NIK (Nur Iman Kami).
Em...apabila dikenangkan semula memang terasa lucu. Namun, ketetapan Allah itu adalah yang terbaik. Saya bersyukur kerana Allah mempertemukan saya dengan kedua-dua orang adik saya ini, alhamdulillah.
JEMPUTAN
Pastinya mereka menjemput saya ke walimah mereka terutamanya semasa akad nikah dilafazkan. Memang teruja. Malah keterujaan saya ini melebihi keterujaan orang lain yang mendengar khabar gembira tersebut. Mungkin kisah saya dengan mereka serta kasih sayang yang Allah telah limpahkan menyebabkan saya tiada kekuatan untuk menolak jemputan mereka...Even jauh...Dan pastinya ia memerlukan belanja yang bukan sedikit. Padahal, sem terakhir saya di sini memakan belanja akademik dan program tarbiyah yang sangat banyak. Saya perlu menyertai beberapa program di sekitar Malaysia dan Thailand dalam kegawatan ekonomi peribadi yang mana kesemua perbelanjaan ditanggung sendiri walaupun program tersebut di bawah subjek universiti. Lagi pula, kesibukan menyiapkan thesis, assignments dan reports yang sangat meruncing betul-betul menekan jiwa yang semakin melemah ini.
Namun, saya seru dengan nama Allah yang Maha Kaya, saya akan cuba bersungguh-sungguh memenuhi jemputan walimah kedua-dua mereka, insyaAllah. Moga Allah mempermudahkan urusan saya dalam hal ini.
DOA & HARAPAN
"Su, Kak Mas sangat sayang kat Su. InsyaAllah Kak Mas akan usahakan untuk hadir ke walimah Su walaupun time tu adalah study week terakhir Kak Mas di USM."
"Angah, Along akan usahakan ke walimah Angah walau di hujung dunia sekalipun, biiznillah. Along drive dengan Ateh ke Pahang awal sikit daripada akhwat lain untuk bersama Angah waktu akad nikah nanti. Along sayangkan Angah. Mohon doanya juga."
AKHIRULKALAM
Semoga...
DOA & HARAPAN
"Su, Kak Mas sangat sayang kat Su. InsyaAllah Kak Mas akan usahakan untuk hadir ke walimah Su walaupun time tu adalah study week terakhir Kak Mas di USM."
"Angah, Along akan usahakan ke walimah Angah walau di hujung dunia sekalipun, biiznillah. Along drive dengan Ateh ke Pahang awal sikit daripada akhwat lain untuk bersama Angah waktu akad nikah nanti. Along sayangkan Angah. Mohon doanya juga."
AKHIRULKALAM
Semoga...
- Allah redha dengan rumahtangga yang bakal dibina.
- Allah mengurniakan keluarga sakinah mawaddah wa rahmah hingga ke syurgaNya kelak.
- tetap tsabat di jalan dakwah yang mulia dengan seluruh keturunan kalian.
- cinta Allah makin mekar dalam hidup.
- ukhuwah dan kasih sayang kita diredhai oleh Yang Maha Esa.



Sedihnye bace~
ReplyDelete